-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cara Pasang Whatsapp Share Button di Blog

Pernah tak blogger semua terfikir untuk pasang 'Whatsapp Share Button' di blog anda. Supaya pembaca blog anda lebih senang untuk kongsikan entri blog ke aplikasi Whatsapp di smartphone.

Cara Pasang Whatsapp Share Button di Blog

Hari ini kita semua tahu, zaman ledakan smartphone. Hampir setiap waktu manusia berkepit dengan smartphone. Dan salah satu antara aplikasi yang popular digunakan oleh rakyat Malaysia untuk berhubung adalah Whatsapp.

Apatah lagi, banyak juga cerita hangat kini menjadi viral bermulanya daripada Group Whatsapp. Dari situ kita tahu bahawa penggunaan whatsapp sebagai penyebaran maklumat tidak kurang hebatnya berbanding media sosial yang lain.

Jadi aku rasanya disitu ada sedikit ruangan untuk blogger gunapakai aplikasi ini untuk men'viral'kan entri melalui whatspp juga.

Cara Pasang Whatsapp Share Button di Blog

1. Mula-mula, pergi ke Template>Edit HTML
2. Backup template blog anda terlebih dahulu.
3. Tekan Ctrl+F dan taip code ini "</body>".
4. Selepas itu copy code dibawah ini, dan paste diatasnya
<script type="text/javascript">if(typeof wabtn4fg==="undefined"){wabtn4fg=1;h=document.head||document.getElementsByTagName("head")[0],s=document.createElement("script");s.type="text/javascript";s.src="http://techwar24.googlecode.com/svn/whatsapp-button.js";h.appendChild(s);}</script>
5. Selepas itu anda boleh pilih salah satu daripada code whatsapp share button di bawah ini mengikut kesesuaian blog anda.

a) Small
Cara Pasang Whatsapp Share Button

<a class='wa_btn wa_btn_s' expr:data-href='data:post.url' expr:data-text='data:post.title' href='whatsapp://send' style='display:none'>Share</a>

b) Medium
Cara Pasang Whatsapp Share Button

<a class='wa_btn wa_btn_m' expr:data-href='data:post.url' expr:data-text='data:post.title' href='whatsapp://send' style='display:none'>Share</a>

c) Large
Cara Pasang Whatsapp Share Button

<a class='wa_btn wa_btn_l' expr:data-href='data:post.url' expr:data-text='data:post.title' href='whatsapp://send' style='display:none'>Share</a>

6. Tekan Ctrl+F dan taip code ini "<data:post.body/>".

7. Kemudian code yang anda copy diatas tadi, anda boleh pilih samaada untuk paste atas atau dibawah code "<data:post.body/>".

Anda boleh letak button ini di bahagian atas post atau di bahagian bawah post, ikut selera masing-masing.



Di blog aku, button ini masih dalam tempoh percubaan, kita nak tengok sejauh mana ia berfungsi dan memberi impak kepada blog ini. Lagipun dalam statistik yang dikeluarkan oleh Statista.com, pengguna whatsapp di Malaysia cukup tinggi pada tahun lalu.

Cara Pasang Whatsapp Share Button

Semoga dengan sedikit perkongsian yang tak seberapa ini akan membantu anda jadikan blog anda lebih bagus dan lebih mesra pembaca. Nak tengok hasilnya? Boleh buka di smartphone anda.

Kepada blogger yang guna Wordpress aku cadangkan terus pergi ke laman Whatsapp-sharing.com. Sebab sana ada file javascript yang boleh anda hostingkan sendiri.

Tutorial ini aku khaskan untuk blogger blogspot yang tak ada hosting sendiri.

Sumber :
Whatsapp-sharing.com
Hiteshkatara.com

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail