Jika kita bercerita pasal banjir di negeri Kelantan khasnya, pasti takkan lekang dari mulut untuk menyebut peristiwa bencana Bah Merah.
Ia adalah antara cerita lagenda orang-orang tua di Kelantan, tragedi banjir ini dipertuturkan dari mulut ke mulut, disetiap generasi, aku sendiri pernah mendengar kisah banjir itu daripada arwah nenek aku.
Apabila Sungai Kelantan melimpah, setelah hujan turun tanpa henti selama 10 hari. Air yang asal sifatnya lembut, bertukar menjadi ganas dan bisa meragut nyawa.
Menurut sejarah, banjir besar di Kelantan berlaku dua kali, iaitu pada tahun 1927 dan 1967. Banjir besar ini dikenali sebagai 'Bah Merah' oleh penduduk Kelantan.
Pada tanggal 24 Disember 1926, Bah Merah telah menenggelamkan Bandar Kota Bharu, Pasir Mas Dan Kuala Krai. Banjir ini telah melanda selama 4 hari dan surut pasa 2 Jan 1927.
Banjirnya memang luarbiasa kerana tempat yang tak biasa dinaiki air, tiba-tiba tenggelam.
Di dalam banjir besar itu telah meragut nyawa, memusnahkan tanaman serta rumah penduduk. Namum selepas 40 kemudian, satu lagi 'Bah Merah' melanda. Kali ini bencana telah meragut 38 nyawa, dan banyak harta benda musnah dan ramai penduduk yang terjejas akibat banjir.
Antara akibat Bah Merah ini adalah dimana ia telah merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut. Dan hampir menghayutkan mimbar masjid itu, namum sempat diselamatkan oleh Imam Tua dan beberapa penduduk, sekarang mimbar itu masih digunakan di Masjid Pasir Pekan.
Banjir pada tahun 1926 tersebut juga sebenarnya telah menenggelamkan Bandaraya Kuala Lumpur juga. Kiranya ianya antara banjir terburuk dalam sejarah negara kita.
Selepas 40 tahun kemudiannya, pada tahun 1967 sekali lagi Kelantan dilanda banjir besar. Bah Merah kali meragut 38 nyawa dan hampir 537,000 penduduk Kelantan terjejas.
Sejak itu 'Bah Merah' ini dijadikan penanda aras apabila setiap kali terjadinya banjir. Orang-orang tua akan bercerita bertapa dasyatnya kejadian banjir tersebut.
Banjir di Kelantan pada 2014, adalah antara banjir besar yang bagi aku boleh dimasukkan dalam kategori 'Bah Merah'. Antara banjir yang terburuk, memusnahkan banyak harta benda dan menjejaskan kehidupan penduduk.
Mungkin akan mengambil masa untuk pulih kepada sediakala, mungkin masih ada penduduk yang trauma. Bantuan diperlukan untuk mangsa banjir membina semula kehidupan yang terjejas teruk.

Apabila Sungai Kelantan melimpah, setelah hujan turun tanpa henti selama 10 hari. Air yang asal sifatnya lembut, bertukar menjadi ganas dan bisa meragut nyawa.
Menurut sejarah, banjir besar di Kelantan berlaku dua kali, iaitu pada tahun 1927 dan 1967. Banjir besar ini dikenali sebagai 'Bah Merah' oleh penduduk Kelantan.
Pada tanggal 24 Disember 1926, Bah Merah telah menenggelamkan Bandar Kota Bharu, Pasir Mas Dan Kuala Krai. Banjir ini telah melanda selama 4 hari dan surut pasa 2 Jan 1927.
Kenapa di Sebut sebagai 'Bah Merah'?
Menurut cerita orang dulu-dulu nama Bah Merah itu mendapat gelarannya adalah kerana banjir yang berlaku cukup luar biasa, airnya berwarna kemerah-merahan disebabkan lumpur yang turun daripada hulu negeri.Banjirnya memang luarbiasa kerana tempat yang tak biasa dinaiki air, tiba-tiba tenggelam.
Di dalam banjir besar itu telah meragut nyawa, memusnahkan tanaman serta rumah penduduk. Namum selepas 40 kemudian, satu lagi 'Bah Merah' melanda. Kali ini bencana telah meragut 38 nyawa, dan banyak harta benda musnah dan ramai penduduk yang terjejas akibat banjir.
Antara akibat Bah Merah ini adalah dimana ia telah merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut. Dan hampir menghayutkan mimbar masjid itu, namum sempat diselamatkan oleh Imam Tua dan beberapa penduduk, sekarang mimbar itu masih digunakan di Masjid Pasir Pekan.
Banjir pada tahun 1926 tersebut juga sebenarnya telah menenggelamkan Bandaraya Kuala Lumpur juga. Kiranya ianya antara banjir terburuk dalam sejarah negara kita.
Selepas 40 tahun kemudiannya, pada tahun 1967 sekali lagi Kelantan dilanda banjir besar. Bah Merah kali meragut 38 nyawa dan hampir 537,000 penduduk Kelantan terjejas.
Sejak itu 'Bah Merah' ini dijadikan penanda aras apabila setiap kali terjadinya banjir. Orang-orang tua akan bercerita bertapa dasyatnya kejadian banjir tersebut.
'Bah Merah' 2014?