-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Sumbangan Untuk Pertubuhan Nur Kasih

Menghitung hari tibanya musim persekolahan, ramai ibubapa yang sibuk menpersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak.

Namum di satu dunia yang lain Pertubuhan Nur Kasih memerlukan sumbangan daripada anda semua. Dimana pertubuhan ini menguruskan rumah untuk anak-anak yatim dan miskin.

Pertubuhan Nur Kasih

Di dalam Al-Quran juga dengan jelas menekankan bertapa kita perlu berbuat baik kepada anak-anak yatim.
Allah SWT berfirman bermaksud;
“Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”
- Surah al Baqarah, ayat 220.
Malah, Nabi Muhammad S.A.W juga begitu menyayangi anak-anak yatim.
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” 
(Hadis riwayat Ahmad)

Sumbangan Untuk Pertubuhan Nur Kasih

Sumbangan untuk Pertubuhan Nur Kasih ini adalah bagi menyiapkan keperluan persekolahan anak-anak yatim. Kelengkapan yang diperlukan adalah :-

  • 2 pasang pakaian sek kebangsaan
  • 2 pasang pakaian sek agama
  • Sebuah beg sekolah
  • Sepasang kasut sekolah
  • Peralatan tulis
  • Yuran pibg/ kafa

Setelah mengira kos untuk seorang pelajar secara purata pusat ini memerlukan RM 200.00 untuk seorang pelajar dan RM10,000.00 untuk 50 orang pelajar.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih
Bank : Maybank
No Akaun : 5121 1003 6832
Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin whastapp @ telegram 013 2749573 dan Facebook Pertubuhan Nur Kasih.
Semoga ramai yang akan menghulurkan bantuan meringankan beban anak-anak yatim ini membuat persiapan persekolahan yang bakal bermula tidak kurang 2 minggu dari sekarang.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail