-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Siap Sedia Menghadapi Banjir

Sekali lagi nampak tahun ini banjir besar melanda negeri-negeri di Pantai Timur. Ada beberapa kawasan penduduk sudah diarahkan berpindah. Kepada mangsa banjir diharap bersabar dan tabah menghadapi musibah ini.

Siap Sedia Menghadapi Banjir
Keadaan Ombak di Kuala Besut.
Tahun ini banjir besar juga melanda di Kelantan, di negeri kelahiran aku. Dan di tempat aku di Terengganu sudah ada yang berpindah cuma kawasna rumah aku masih belum di naiki air lagi.
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Aamiin.. Surah Hud 44 .
Ya Allah.. redakanlah bencana yang kami alami.. lindungilah kami semua.. elakkanlah dari berlaku bencana2 yangg lebih besar dari biasa.. kasihanilah kami semua Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya.. bantulah kami mangsa2 bencana alam.. kami bermohon kpdMu.. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. makbulkanlah doa kami Ya Allah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. . Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
Cuma dikawasan aku masih dalam keadaan berjaga-jaga. Sebenarnya semasa aku sedang menulis ini, air sudah naik tak jauh daripada rumah aku, dalam 500 meter barangkali dari rumah aku sudah ditenggelami air.

Tahun lepas keadaan agak berbeza, aku dan keluarga dalam keadaan tak bersedia, sebab dekat kawasan aku tak pernah banjir sejak berpuluh tahun. Tahun lepas memang kami semua tak menjangkakan kawasan perumahan kami akan tenggelam.

Namum ini banjir bukan kerja kita, kita semua kerja Yang Maha Kuasa.

Jadi sudah seminggu lebih awal aku dan keluarga sudah membuat persiapan, walaupun baru diperingkat amaran awal untuk banjir.

Keadaan Di kawasan Pantai Rusila, Marang.

Siap Sedia Menghadapi Banjir

Antara beberpa langkah awal untuk siap sedia menghadapi banjir, perkara  yang patut anda selamatkan dan simpan di tempat yang selamat adalah :-

1. Dapatkan nombor telefon kecemasan seperti ;

  • nombor telefon balai polis berdekatan
  • nombor balai bomba dan penyelamat 
  • nombor jawatakuasa pusat permindahan banjir 
  • nombor jiran-jiran juga penting 

2. Dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran, sijil nikah, kad pengenalan, geran tanah, geran rumah, geran kereta, bukua akauan bank/asb/tabung haji dan sebagai. Simpan semuanya di satu tempat di dalam satu beg plastik. Agar semua dokumen selmat daripada terkena air. 

3. Simpan juga barang-barang kemas ditempat yang selamat, gunakan tips yang sama macam diatas. 

4. Alihkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat. 

5. Barang keperluan jika ada bayi seperti lampin, susu serta barang kelengkapan lain yang perlu untuk bayi. 

6. Simpan stok air yang bersih, ini aku beli air mineral tong besar, air bersih ni penting juga di musim banjir, risau terputus bekalan nanti. 

7. Barang-barang elektirk diangkat dan diletakkan di tempat yang lebih tinggi. 

Itulah serba sedikit langkah-langkah awal persiapan untuk menghadapi banjir. Untuk info lebih lanjut boleh ke laman web Majlis Keselamatan Negara di portal bencana

Jika ada arahan untuk berpindah, jangan berlengah dan buang masa. Ikut sahaja arahan pihak berkuasa. utamakan keselamatan ahli keluarga kita. 

Mungkin keadaan tidak selesa di pusat pemindahan, tetapi ingatlah bukan kita seorang sahaja yang mengalami kesulitan, ada ramai lagi mangsa banjir yang lain, jadi banyakkan bersabar.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail