-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Rona-Rona Kehidupan

Rona-rona kehidupan, adakalanya cerah adakala suram. Terbitnya sang pelangi dikala selepas hujan, warna-warninya muncul selepas suram.
Persemadian ular danu, merintangi durjana fana, 
akan sifatku tunggul, khilaf suris suria,
Dalam perjalanan seharian kita, ulang alik pergi kerja. Mesti sesekali pernah terserempak dengan penunggang motorsikal yang sedang menolak motor, barangkali kehabisan minyak. Atau si pemandu kereta yang sedang mencekak pinggan sambil bonet kereta dibuka.

Itulah rona kehidupan, setiap manusia diberikan ujian masing-masing. Masalah dan kehidupan tak pernah berpisah.

Apabila kita terserempak dengan orang yang berada di dalam kesusahan, berat dugaan hidup mereka, ya benar itu adalah ujian buat dia.

Tapi pernah tak kita terfikir, itu juga ujian buat kita. Kenapa? Sebab itu juga ujian buat kita, sejauh mana hati kita tergerak untuk membantu dia. Ujian keikhlasan kita untuk menolong orang lain,

Rona-Rona Kehidupan

Rona-Rona Kehidupan

Ini kisah benar, aku pernah terserempak dengan seorang pakcik, tapi aku bahasa diri dia 'abang'. Waktu itu aku pergi ke pasaraya nak beli barang yang bini aku pesan.

Memang tabiat aku, selepas balik kerja akan terus pergi ke kedai, sebab bila sudah balik rumah aku malas dah nak keluar, kalau keluar pun mungkin sudah lewat malam.

Nak dijadikan cerita, semasa beratur nak pergi bayar, ada seorang pakcik di depan aku. Mula-mula tu aku berbulu juga dengan dia, sebab punyalah lama dia duk angkut keluar barang dari troli untuk diletakkan dekat meja kaunter. Barang dia tak adalah banyak sangat.

Mungkin sebab aku yang masih penat sebab baru lepas balik kerja, aku jadi rasa nak marah sikit lah sebab dia macam terhegeh-hegeh.

Tiba-tiba, semasa pakcik itu nak bayar, di merayu dekat cashier yang bertugas, agar bayarkan untuk dia. Jumlahnya aku tak ingat sangat, tapi lebih kurang RM 20 lebih. Pak cik itu hanya ada RM 10, sambil dia menunjukkan dompet dia yang kosong.

Cashier itu tak ada pilihan, dia cakap tiada cara lain, terpaksa kurangkan barang yang pak cik itu beli. Aku yang sedang tunggu dekat belakang, mula rasa kesian, sebab aku tengok semua barang yang pakcik itu beli adalah lauk, ada telur yang dalam pakej kecil, ada sayur-sayur, kicap dan beberapa barang lagi yang aku dah tak ingat.

Dalam fikiran aku, pakcik in mungkin sedang beli barangan untuk diberi makan kepada ahli keluarga dia. Jadi tanpa banyak soal, aku hulurkan duit secukupnya kepada cashier itu untuk bayarkan barang yang pak cik beli.

Selepas aku bayar, pak cik tu segera ambil beg plastik barang yang dia beli terus melulu keluar. Lega sikit aku, sebab aku memang nak balik cepat, sebab perut pun dah lapar, penat pun tak habis lagi.

Semasa aku berjalan hendak ke kereta, pak cik tadi datang kepada aku dan ucapkan terima kasih. Dia mintak nombor telefon aku, katanya dia nak ganti balik duit aku apabila dia gaji nanti. Aku memang tak suka beri nombor telefon aku kepada orang, jadi aku cakap, anggaplah tadi aku belanja dia.


*** Definisi 'rona' - 1 warna; 2 ki cahaya muka; air muka;

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail