Saingan Piala AFF Suzuki 2014 kini telah masuk kepusingan semi-final yang menyaksikan Malaysia vs Vietnam. Perlawanan semi-final pertama akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 7/12/2104.

Jurulatih pasukan Malaysia, Dollah Salleh yang mahu Malaysia membawa bekal yang selesa ke hanoi nanti dengan kelebihan 2 atau 3 gol. Dengan barisan pemain yang berpengalaman beliau cukup yakin untuk menang besar.
Namum kehilangan dua tonggak utama, aku rasa sedikit meresahkan, kita dapat saksikan bertapa konsistennya Amri Yahya dan Shukor Adan beraksi untuk saingan Piala AFF kali ini.
Amri kita dapat lihat beliau begitu lincah mengerakkan jentera serangan dengan larian lincah dan memburu peluang menjaringkan gol buat pasukan negara. Manakala Shukor begitu komited mengawal bahagian pertahanan daripada dibolosi pihak lawan.
Amri kita dapat lihat beliau begitu lincah mengerakkan jentera serangan dengan larian lincah dan memburu peluang menjaringkan gol buat pasukan negara. Manakala Shukor begitu komited mengawal bahagian pertahanan daripada dibolosi pihak lawan.

Antara pemain Vietnam yang perlu diambil perhatan dan dikawal dengan ketat adalah Pham Thanh Luong. Pemain sayap yang cukup lincah.
Pemain berusia 26 tahun ini mampu mengucar kacirkan pertahanan serta serta membuat hantaran berbahaya ke hadapan pintu gol.
Seorang lagi pemain berbahaya pasukan Vietnam adalah Vu Minh Tuan. Berusia 24 tahun, cukup berbisa dan sudah menjaringkan 2 gol setakat ini.
Rekod Pertemuan Malaysia vs Vietnam
Jika kita lihat rekod diatas kertas, ia tidak memihak kepada Malaysia. Sejak tahun 2012, Malaysia tidak pernah menang keatas pasukan Vietnam.
Termasuklah pada perlawanan persahabatan yang diadakan pada bulan lepas yang diadakan bagi membuat persiapan Piala AFF 2014. Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam.
Kali terakhir Malaysia menang keatas Vietnam adalah pada tahun 2010, apabila Malaysia menewaskan Vietnam di pentas yang sama iaitu pada aksi perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010.
Dan Malaysia berjaya menjulang kejuaraan Piala AFF pada edisi 2010 tesebut selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir.
Berikut merupakan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2010.
Malaysia Vs Vietnam
16/11/14
Vietnam 3-1 Malaysia
13/11/12
Vietnam 1-0 Malaysia
11/9/12
Malaysia 0-2 Vietnam
18/12/10
Vietnam 0-0 Malaysia
15/12/10
Malaysia 2-0 Vietnam
Sokongan Padu Buat Harimau Malaya

Diharap kelebihan beraksi ditempat sendiri akan memberikan kekuatan berganda buat Harimau Malaya untuk berjuang dan menumpaskan lawan dengan jumlah jaringan yang selesa.
Sorakkan padu dari pada penyokong Malaysia amat ditagih, lebih-lebih lagi 'chant' padu daripada Ultras Malaya sudah pastinya akan menbangkitkan semangat buat pemain.
Besar harapan untuk lihat skuad Harimau Malaya menang ditempat sendiri. Dan aku yakin Dollah Salleh ada ramuan istimewa untuk menyambut kedatangan Vietnam dihujung minggu nanti.
Majulah Bola Untuk Negara!
MALAYSIA 1-2 VIETNAM
13″ Safiq Rahim,
Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Vietnam
Keputusan Semi final (first leg) Piala AFF Suzuki 2014.
13″ Safiq Rahim,
32″ Voo Huy Toan,
60″ Nguyen Van Quyet