-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kenapa Blogger Kena Belajar Teknik SEO?

Sepertimana yang pernah aku kongsikan di dalam entri aku yang lama iaitu Tips Asas Teknik SEO Blog Baru, aku ingin sekali lagi berkongsi dengan bloger baru tentang SEO.

Belajar Teknik SEO

Kenapa Blogger Kena Belajar Teknik SEO?

Mula-mula kita kena faham apa tujuan teknik SEO dimasukkan kepada blog kita. Tujuannya adalah untuk meletakkan entri blog kita di enjin cari, dalam bahasa blogger "di index oleh enjin carian".

Dalam bahasa lebih susah, entri blog kita dengan keyword tertentu berjaya berada di SERP. Lebih bagus jika kita mampu letakkan entri kita di page satu enjin carian.

Sebabnya entri kita akan lebih terdedah kepada prospek, sebab orang buka enjin carian akan pergi ke page satu dahulu, jika tiada maklumat di page satu barulah mereka beralih ke page dua.

Jadi kita kena bersaing dengan entri lain yang ada keyword yang sama untuk pastikan kita berada di page 1 SERP. Lebih bagus jika kita mampu menewaskan entri lain, dan menempatkan entri kita berada di nombor SATU pada page SATU di SERP.

Dengan teknik SEO yang betul, tak mustahil kita akan menguasai enjin carian dengan meletakkan entri kita berada di kedudukan yang baik di SERP.

Apa Fungsi Teknik SEO?

Ini hanya pendapat aku tentang teknik SEO, aku bahagian kepada 2 fungsi SEO mengikut apa yang aku faham.

Menarik Trafik Daripada Enjin Carian.

Ramai yang anggap ini adalah salah satu cara untuk menarik trafik ke blog. Ia dianggap sebagai organik trafik daripada enjin carian.

Tetapi,

Jika kita hendak trafik yang banyak daripada enjin carian selepas melakukan teknik SEO. Kita perlu bijak mencari keyword. Kena rajin mencari keyword yang menjadi 'trending' serta berita dan gossip hangat.

Pendek kata kena cari keyword yang diminati ramai, bahasa orang bisnes "kita kena cari keyword yang ada banyak permintaan".

Barulah trafik blog kita mencanak naik. Namum jika kita bijak, kita carilah keyword unttuk jangka masa panjang, agar trafik pun sentiasa ada berpanjangan.

Mencari Prospek Sasaran

Dengan mengunakan teknik SEO juga, kita boleh menyasarkan entri kita untuk dibaca oleh prospek kita. Dan ini sudah tentu adalah untuk menjual. Memang sesuai untuk orang yang buat bisnes online.

Mungkin ada keyword produk kita tidak begitu menarik trafik ribu-ribu,

Tetapi,

Apalah guna trafik beribu atau berjuta jika kita tak mampu hasilkan duit atau kita mampu menukarkan trafik kepada duit. Konsep mudah peniagaan online, ada trafik ada jualan.

Jadi kena ada trafik, tak banyak pun tak apa, janji setiap trafik itu berjaya menghasilkan jualan dan duit.

Jadi kena belajar teknik menulis ayat jualan atau ayat power untuk menjual juga.


Belajar Teknik SEO

Itu serba sedikit perkongsian aku tentang teknik SEO, kepada blogger baru rajin-rajinlah belajar teknik ini jika mahukan trafik berterusan ke blog anda.

Nak belajar dengan siapa?

Ni dia aku cadangakn DUA ebook super power yang ditulis oleh blogger yang pakar tentang SEO. Dengan membaca ebook ini akan buatkan anda lebih faham tentang SEO, jom baca eBook ini :-
  1. Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu
  2. Juara SEO Lokal
Aku sendiri pun masih dalam proses pembelajaran, dari semasa ke semasa aku cuba perbaiki kelemahan diri dalam menguasai teknik SEO yang terkini. Salah satu cara aku memantapkan lagi teknik aku adalah dengan menyertai contest SEO.

Seperti contest yang sedang berlangsung, iaitu contest SEO "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan" dan satu lagi contest SEO "Jom Aktifkan Mykad".

Walaupun aku tahu aku blogger baru agak sukar nak besaingan dengan otai-orai blogger SEO yang lain, tetapi dengan sertai contest SEO barulah aku dapat praktik dan belajar teknik baru. Ini cara aku untuk ketahui au beada ditahap mana.

Sekian dahulu entri aku sampai disini, semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail