Macam tak percaya, sungguh cepat waktu beredar, kini Tirai 2014 akan melabuhkan tirainya. Maka bermulalah era tahun 2015. Lagi LIMA tahun untuk menuju tahun 2020.
Sebenarnya aku sejak dari kecil, begitu ternanti-nanti untuk tibanya tahun 2020, apakah pada tahun itu nanti seperti man yang aku gambarkan semasa aku kecil dulu.
Baiklah, berbalik kepada cerita 2015...
Walaupun belum lagi tiba tahun 2015, sudah ramai orang kita yang bercerita pasal tahun 2015. Ada orang kita berbicara dalam nada kerisauan.
Dengan keresahan pelaksaan GST pada April 2015, keadaan Ringgit Malaysia yang tidak menentu serta perlaksanaan CCRIS oleh PTPTN.
Malah ada yang takut kalau-kalau berulang kembali tragedi kegawatan ekonomi seperti 1997.
Bagi mereka yang berfikiran positif pula, mereka mula merangka idea dan strategi untuk 'survive' di tahun 2015. Mereka ingin bekerja lebih kuat dan keras untuk memastik mereka tidak ditindas pada tahun hadapan.
Pendek kata mereka mahu berusaha, bukan sekadar menyalahkan keadaan semata-mata.
Memasang impian umpama kita bermain buih sabun. Celup dan tiup, terhasillah buih-biuh sabun yang cantik, menarik dan memukau mata melihat.
Buih-buih yang menawan itu terapung-apung di udara.
Tapi,
Apabila kita cuba sentuh nak menggapai, POP! buih itu pecah.
Kita tidak mahu impian kita jadi macam buih sabun tadi, rapuh, mudah pecah, Kita mampu nak menggapainya.
Impian bagi aku seperti membuat ukiran pada bongkah ais. Perlu teknik dan cara yang betul.
Fokus paling perlu, serta tentulah kena ada kerajinan dan teliti. Bakat juga penting tetapi usaha paling utama, sebab parang yang tumpul jika sentiasa diasah akan tajam juga.
Sebenarnya aku sejak dari kecil, begitu ternanti-nanti untuk tibanya tahun 2020, apakah pada tahun itu nanti seperti man yang aku gambarkan semasa aku kecil dulu.
Baiklah, berbalik kepada cerita 2015...

Dengan keresahan pelaksaan GST pada April 2015, keadaan Ringgit Malaysia yang tidak menentu serta perlaksanaan CCRIS oleh PTPTN.
Malah ada yang takut kalau-kalau berulang kembali tragedi kegawatan ekonomi seperti 1997.
Bagi mereka yang berfikiran positif pula, mereka mula merangka idea dan strategi untuk 'survive' di tahun 2015. Mereka ingin bekerja lebih kuat dan keras untuk memastik mereka tidak ditindas pada tahun hadapan.
Pendek kata mereka mahu berusaha, bukan sekadar menyalahkan keadaan semata-mata.
Impian dan Harapan
Memasang impian cukup senang, budak tadika yang sekecil itupun sudah reti nak ada impian sendiri.Memasang impian umpama kita bermain buih sabun. Celup dan tiup, terhasillah buih-biuh sabun yang cantik, menarik dan memukau mata melihat.

Buih-buih yang menawan itu terapung-apung di udara.
Tapi,
Apabila kita cuba sentuh nak menggapai, POP! buih itu pecah.
Kita tidak mahu impian kita jadi macam buih sabun tadi, rapuh, mudah pecah, Kita mampu nak menggapainya.
Impian bagi aku seperti membuat ukiran pada bongkah ais. Perlu teknik dan cara yang betul.
Fokus paling perlu, serta tentulah kena ada kerajinan dan teliti. Bakat juga penting tetapi usaha paling utama, sebab parang yang tumpul jika sentiasa diasah akan tajam juga.
Suka Duka 2014
Tahun 2014 kita tinggalkan dengan penuh suka dan duka, ada cerita tragedi yang pasti akan dikenang speanjang sejarah negara kita.Misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai, kesedihan tragedi MH17 masih ditangisi. Dan Pesawat Air Asia QZ8501 pula memasuki plot cerita misteri.
Dan tahun 2014 ini juga menjadi saksi gelombang banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta beberapa negeri yang lain.
Memasuki tahun 2015, lembaran baru dibuka, blogger lelaki mahu terukan langkah untuk menghadapi gelombang 2015. Semoga rezeki ditahun baru akan bertambah-tambah buat mereka yang rajin berusaha.
Sekian, terima kasih, Selamat Tahun Baru 2015.