-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com

Beberapa hari yang lepas blog aku telah di'review' oleh blogger yang tak asing lagi, iaitu Eizil.com. Siapa yang tak kenal dengan blogger yang hebat dengan 'coding' ini, kiranya blog aku memang bertuah mendapat review daripada pakar.

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Bro Eizil yang sudi review blog aku dan memberikan sedikit pandangan untuk menambahbaik lagi prestasi blog ini. Semua cadangan itu akan aku perbaiki dari semasa ke semasa.

Sebenarnya penting juga sesi review macam ini selalu dibuat. Sekali sekali kita mahu juga dengar pendapat yang jujur tentang blog kita, apa yang kurang apa yang terlebih. Mungkin dari sudut pandangan kita terlepas pandangan, dan ianya terlintas di pandangan mata orang lain.

Jadi segala teguran dan cadangan akan aku ambil secara positif. Akan aku gali sehingga ke lubang cacing untuk perbaiki setiap sudut blog aku ini...hehehe

Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com


Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com

Sebenarnya aku pun sudah lupa yang aku ada sertai segmen review percuma blog oleh Eizil.com ini. Kiranya ini bonus akhir tahun buat blog aku. Jadi ini beberapa cadangan daripada Bro Eizil untuk aku perbaiki.

1. Masalah di ruangan Header.

Ya, aku akui sememangnya aku terlepas pandang yang logo itu tidak boleh di klik. Itu bukan sengaja, itu adalah kesilapan aku.

Sebenarnya aku baru sahaja memasukkan logo kecil itu dibahagian header selepas mendapat review ringkas daripada Bro Framestone di Facebook, bro cakap header aku agak hambar, jadi cuba letak logo di tepi "Blogger Lelaki".

Tapi sekarang, bahagian logo "BL" itu sudah aku perbaiki, sudah boleh di klik...tak caya try la klik. Malah aku sudah berikan sedikit sentuhan seni 'tona tak sekata' disitu.

Sekarang apa pula pendapat korang, boleh blah? ke tak boleh blah?..hahahaha


2. About Me yang terlalu ringkas.

Aku pun tak tahu nak tulis apa dekat situ, dan aku masih belum edit pada bahagian itu, mungkin otak aku masih belum stabil selepas terkena banjir.

Mungkin ruangan 'About Me' akan aku edit pada tahun 2015 nanti.


3. Penggunaan Heading

Penggunaan Heading dalam penulisan blog aku rasa seperti 'yoyo'. Ada masanya ada, adakalanya tiada. Sebab aku tulis ikut mood juga, jika enti itu perlu padat dan ada banyak isi, selalunya penggunaan Heading aku jadi lengkap.


4. Penulisan yang bermanfaat.

Aku cuba sedaya upaya untuk mencari bahan yang bermanfaat untuk dikongsikan di dalam penulisan blog aku ini. Terutamanya menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada semua.

Sekali sekala aku suka berkongsi pasal sejarah yang jarang kita ambil tahu. Kadangkala, aku sekadar memberi pesanan di dalam satu entri yang ringkas dan santai.

Blogger Lelaki di Review oleh Eizil.com
Keadaan blog semasa di review.

Rumusan

Aku sendiri rasa blog aku masih banyak perlu diperbaiki, terutama dari segi pengisian. Mungkin ini azam aku ditahun hadapan untuk memantapkan lagi blog aku ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Eizil, jika anda semua ada juga cadangan untuk blog aku ini, boleh kemukan di bahagian komen.

Jutaan terima kasih juga buat pembaca yang sudi singgah ke blog aku ini, itulah sumber kekuatan aku meneruskan blog ini. Sekian, terima kasih.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail