-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tamar Jalis Bercakap Dengan Jin

Tamar Jalis si tukang karang novel Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ). Antara novel yang menjadi fenomena ketika era tahun 80-an membawa ke 90-an.

Tamar Jalis Bercakap Dengan Jin

Ketika itu aku masih ingat, memang selalu aku takkan lepaskan peluang untuk membaca majalah Variasari. Aku begitu teruja dengan kisah-kisah mistik yang ditulis oleh Tamar Jalis.

Pada masa itu tidaklah aku ada rasa ingin tahu siapakah penulisnya, apabila aku semakin membesar, akal sudah sedikit waras, aku mula mencari kenapa nama dia Tamar Jalis, namanya pun sudah cukup mistik.

Siapa Tamar Jalis?

Tamar Jalis Bercakap Dengan Jin

Tamar Jalis hanyalah nama pena beliau, nama sebenarnya adalah Ahmad Mahmud atau Mohd Radzi Mahmud. Berasal dari Beruas, Perak.

Kenapa Tamar Jalis?

Sebenarnya Tamar Jalis diambil bersemperna nama jin yang terdapat dalam Hikayat Inderaputera, ini adalah sebuah naskah kesusasteraan Melayu lama.

Tamar Jalis begitu merahsiakan indentiti beliau, sehinggalah 30 tahun baru dibongkar siapa dirinya yang sebenarnya, itu juga cukup untuk membuatkan beliau begitu misteri.

Mungkin juga ini strategi untuk buat SBDJ menjadi seram.
Siri Bercakap Dengan Jin adalah siri yang terpanjang dan terpaling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Ia adalah satu rekod.

Sebanyak 284 siri novel ini telah disiarkan oleh majalah Variasari. Bermula dari April 1981 sehingga Januari 2005. Ya, selama 30 tahun kekal ia bertahan menjadi bahan bacaan yang misteri masyarakat Malaysia.

SBDJ memaparkan kisah hantu, jin dan makhluk halus dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Kerinchi, Bangkahulu dan Aceh) serta kepakaran menundukkan makhluk halus.

Fakta Menarik Tentang Tamar Jalis dan Siri Bercakap Dengan Jin.


1. Tamar Jalis menulis berdasarkan pengalaman beliau mengikuti datuknya, Long Mat Piah yang selalu pergi berubat orang. Dan Tamar Jalis selalu mengikut datuknya itu. Dari situlah beliau mendapat idea untuk menulis. Jadi ada kisah dalam SBDJ ini adlah kisah benar, dan ada juga cerita yang ditokok tambah.

2. Beliau pernah menulis dan menyiapkan satu novel SBDJ dalam masa sehari.

3. Beliau mula menulis SBDJ ketika berumur 40 tahun dan hanya pada usia 70 tahun barulah beliau mendedahkan identitinya.

4. Novel SBDJ telah menyelamatkan jualan majalah Variasari yang lembap pada ketika itu, dan pernah pernah dicetak sebanyak 120,000 naskah sebulan, gara-gara fenomena SBDJ.

5. Ada seorang lagi kawan beliau yang juga turut menggunakan nama "Tamar Jalis" iaitu A. Jalil Miran, bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail