-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tahu Dan Faham

Tahu dan faham. Dua ayat ini punyai maksud yang berbeza. Dan ada sedikit perkaitan antara duanya. Itupun jika kita mahu kedua-duanya ada kaitan dan saling berkait.

Tahu Dan Faham

Mari kita lihat beberapa kategori manusia di dalam konteks tahu dan faham.

1. Tak tahu dan tak faham - golongan ini susah aku nak komen, dan tak ada apa yang aku ceritakan sangat, sebab buat apa nak cerita sebab mereka sendiri yang tak nak ambil tahu, takkan kita pula yang sibuk-sibuk nak ambil tahu.

2. Tahu dan tak faham - ini ada dalam kebanyakkan kita, mereka hanya sekadar ambil tahu. Namum mereka tak faham. Aku tak pasti samaada mereka memang tak faham atau mereka memang tak nak faham.

3. Tahu dan buat-buat tak faham - ada juga orang yang tahu dan faham tetapi mereka sengaja buat-buat tak faham. Mereka tahu akan kebenaran tetapi mereka lebih sanggup menafikannya.

4. Tak tahu dan buat-buat faham -  ini golongan yang sedikit bahaya, mereka tak tahu, mereka tak faham tetapi mereka buat-buat faham. Silap haribulan mereka ini boleh tersesat jalan, kalau sesat seorang tak mengapa, yang parah apabila dia turut menarik orang lain turut terjebak.

5. Tahu dan faham - termasuk dalam golongan yang beruntung, sebab mereka ambil tahu dan faham. Tetapi jika sekadar tahu dan faham tapi tiada tindakan tak guna juga. Umpama pokok yang rendang tapi tak berbuah.

"Just because you know something,
it doesn't mean you understand it"
Rasanya aku pun tak tahu dan tak faham apa yang sedang aku cuba melalut sekarang ini. 

Harap jikalau ada orang yang baca sampai habis, semoga korang akan faham. Aku tak tahulah jika korang masih tak faham, sebab ini entri biasa-biasa sahaja.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail