-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Musim Hujan

Nampaknya musim hujan tiba lagi, seperti biasa Malaysia yang beriklim khatulistiwa akan mengalami musim hujan di antara bulan november dan disember.

Hujung tahun juga lebih dikenali sebagai musim banjir. Begitu cepat masa berlalu, cukup sudah setahun, peristiwa banjir terburuk dalam hidup aku.

Musim Hujan

Ada aku ceritakan kisah aku dan banjir di dalam entri Banjir Oh Banjir. Pengalaman terburuk hidup aku menghadapi banjir.

Sejak dari kecil sebenarnya apabila tiba musim banjir, tempat aku panggil musim Bah, adalah musim kami berpesta.

Sebab kawasan kampung aku tak pernah ditenggelami banjir. Jadi kami sekawan lebih suka menikmati banjir dengan cara kami.

Apabila tiba musim banjir antara aktiviti aku dan kawan-kawan adalah bermain rakit, kadang-kadang belah tong untuk dibuat perahu. Pergi tahan pukat dan bermandi sungai sementara tunggu air banjir naik lebih dalam.

Selalunya apabila keadaan cuaca yang sering hujan tak berhenti selama satu hari, emak aku sudah suruh aku pergi gali ubi kayu dan ubi keledek.

Bekalan ubi musim hujan memang perlu beb. Antara makan ruji musim banjir nie.

Bayangkan dalam cuaca sejuk, makan ubi kayu bakar, ubi kayu rebus cicah kelapa parut. Memang antara nikmat dunia yang tak terkata.

hari ini sudha masuk 2 hari hujan tak berhenti. Walaupun tak berapa lebat, tetapi menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan cuaca dii kawasan aku akan mengalami :-

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dari 16 Nov sehingga 17 Nov. Ini boleh jadi faktor untuk banjir nie.

Dan,

Ribut petir di satu dua tempat dari 18 Nov sehingga 21 Nov.

Kiranya sekarang aku perlu ambil langkah berjaga-jaga. Bila-bila masa sahaja ba njir boleh melanda sekarang. Semoga banjir musim ini tidaklah seteruk tahun lepas.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail