Tampil dengan 4 variant, sudha pasti ramai yang tertarik dengan model terbaru keluaran Perodua ini kerana harga yang murah serta pengenalan kepada Energy Efficient Vehicle (EEV).
Sudah banyak kali aku berselisih dengan kereta Perodua Axia di jalan raya. Nampaknya jualan model kereta ini agak laris.
Setelah beberapa bulan Axia berada dijalanraya, apa pula luahan hari pemandu Perodua Axia? Ini aku ada sedikit ulasan berdasarkan komen pembaca blog ini berkenaan Perodua Axia yang dipandu oleh beliau.

Luahan Hati Pemandu Perodua Axia
Menurut insan yang mengelarkan dirinya Annony Nimus yang telah memandu Perodua Axia Advance sejak beberapa bulan yang lalu.
Kini mileage keretanya adalah lebih kurang 4000 km, tinggal 1000 km lagi untuk servis yang pertama.
Beliau telah berikan ulasan seperti berikut berkenaan prestasi Perodua Axia Advance :-
1. Fuel Consumption (FC)
- Melalui lebuhraya (KL-Melaka) dengan kelajuan 100km/j - 120km/j, penggunaan bahan api adalah lebih kurang 17.5 km/l - 18km/l.
- Pemanduan di kawasan bandar pula penggunaan bahan apinya lebih kurang 14km/l - 15.5km/l
-Beliau anggarkan satu tangki penuh Perodua Axia boleh mencecah perjalanan sejauh 450km.
2. Speed/Acceleration
- Pecutan agak lembap dari 60km/j - 100km/j
- Kelajuan pemanduan terbaik adalah pada 110km/j - 120km/j
- Pickup agak lambat untuk mencecah 130km/j
- Top speed pula beliau tidak pasti boleh mencecah berapa kilometer per jam.
- Kelajuan turun apabila melalui jalan beralun, dan teruk apabila dipandu di kawasan berbukit. Permanduan terbaik adalah di jalan yang rata.
3. Lain-Lain
- Pemanduan Axia lebih selesa dengan suspension yang baik, stabil apabila dipandu pada kelajuan 120km/j. Kurang beralun berbanding memandu Myvi. Serta kurang sedikit keletihan semasa memandu.- Tiada auto-lock untuk pintu apabila menekan break atau kereta bergerak.
- Aircond menurut beliau agak teruk, perlu set pada blower tinggi dan suhu yang lebih sejuk untuk menyejukkan dalam kereta.
- Handling kereta ini terbaik pada kelajuan 120km/j dan seperti biasa kereta compact seperti ini agak licah dipandu dikawasan bandar.
Itu adalah ulasan daripada pembaca blog ini, apa pula kata anda yang sudah memandu atau memiliki Perodua Axia?
Baca Juga :
Jubah Kanak-Kanak Lelaki
Krim Firmax3 RF3 World Malaysia