-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Erti Kasih Sayang

Apa erti kasih sayang? Ramai manusia yang mendambakannya. Ramai yang mengharapnya.

Ia seperti sebutir mutiara yang sangat bernilai buat manusia yang mengejar kasih sayang.

Kasih dan sayang digambarkan seperti sehelai sutera halus, penuh lemah lembut nan membelai jiwa. Yang bisa membuatkan jiwa kita merasa bahagia.

Tapi emak aku berpesan, kasih sayang umpama gula. ia manis dan menyedapkan. Akan tetapi jika ia berlebihan bisa mengundang penyakit.

Tawar kita rasa hambar, tak sedap pula bila terlebih manis.

Jadi di dalam segelas cinta, curahkan cuma kasih sayang secukupnya, tidak lebih, tidak kurang.

Biar rasanya sesedap rasa. Mengikut citarasa tekak masing-masing.

Erti Kasih Sayang

Apa Erti Kasih Sayang?


Di rotan oleh ayah sebab ponteng sekolah. Tapi setiap pagi sebelum pergi sekolah ada duit kocek 2 ringgit untuk kita bawa pergi ke sekolah.

Ibu selalu berleter kepada kita kerana malas bangun pagi, keluar malam balik lambat. Tapi ibu selalu memasak untuk kita makan setiap hari.

Ungkapan kasih sayang itu sungguh subjektif yang kadang kala membuat kita tidak faham. Sifatnya terbalik, oleh kerana kita sayang, kita terpaksa marah.

Marah kita kerana kita sayang.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail