Aku tertarik untuk menulis topik ini selepas membaca semula entri lama di blog Hasrul Hassan, iaitu berkenaan 5 Cara Memilih Pembaca Blog Anda.
Bro HH menekankan agar kita mengenal pasti kategori atau jenis pembaca yang baca blog kita.
Kenapa? Ini pointnya.
Mereka mungkin sedang mencari satu info yang sangat berguna. Jadi apabila mereka membaca, mereka sangat teliti.
Dan yang paling penting adalah info yang ditulis di blog tersebut sangat membantu dia menyelesaikan masalah atau sebagainya.
Jika info yang diberikan tidak lengkap, mereka akan beralih mencari info yang sama diblog lain pula.
2. Pembaca yang suka lihat gambar sahaja - mereka ini jenis pembaca yang santai. Mereka melayari internet untuk hilangkan bosan dan mencari sesuatu yang menarik.
Ada blog yang sudah buktikan dengan bermodalkan gambar-gambar yang menarik dan agak pelik, mampu menjadi blog yang diminati ramai. Contohnya BlogSerius.
3. Pembaca yang suka cerita panas atau gosip - selalunya pembaca jenis ini suka baca blog-blog berunsurkan hiburan. Dan ternyata blog genre ini antara paling ramai pembaca dan senang dapat trafik.
Tapi jika sekadar buat entri copy & paste. Aku rasa tak perlulah nak buat blog macam nie, sebab sekarang sudah ada begitu banyak orang yang buat blog seumpama ini.
4. Pembaca yang mencari bahan untuk muaturun - walaupun kadangkala mereka ini bukannya baca blog sangat pun, tapi mereka akan klik pada blog yang menawarkan apa sahaja bahan untuk mereka muaturun ke komputer mereka.
5. Pembaca setia yang suka menbaca penulisan blogger tersebut - bagi aku jenis pembaca kategori ini, mereka memang suka membaca.
Dan boleh jadi apa yang ditulis oleh blogger tersebut lain daripada yang lain dan tak ditulis di blog lain. Inilah dia Authority.
Beruntunglah jika seorang blogger berjaya sampai ke tahap ini. Blog tersebut telah mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada pembaca setianya.
Satu lagi pembaca yang aku tak tahu nak masukkan ke kategori pembaca blog yang mana satu.
Aku lebih suka sebut sebagai pengunjung blog. iaitu blogger yang menjalankan blogwalking. Mungkin ada yang baca entri yang ditulis sampai habis, dan ada juga yang masuk sekadar untuk berikan komen dan tinggalkan jejak.
Mungkin korang ada lagi penambahan untuk kategori atau jenis pembaca blog ini, boleh belanja nasi tambah dekat ruangan komen.
Bro HH menekankan agar kita mengenal pasti kategori atau jenis pembaca yang baca blog kita.
Kenapa? Ini pointnya.
a). Supaya blog kita mempunyai niche, ini yang selalu otai-otai blogger tekankan, jika nak buat duit melalui blog.Jadi lebih senang kerja kita jika kita tahu kategori-kategori pembaca blog. Apa yang mereka suka baca, bahan apa yang menarik perhatian mereka.
Kenapa? (asyik tanya kenapa, mesti sel-sel otak tak berhubung nie.)
Sebabnya jika blog kita ditulis mengikut niche, kita senang nak target pembaca kita.
b). Supaya senang kita nak menulis, kerana kita sudah tahu selera pembaca blog kita. Kenapa? Bro HH cakap "Ia membolehkan anda pilih cara bagaimana untuk kongsikan atau tulis entri anda."
c). Satu kelebihan untuk target iklan, jika blog kita pasal kereta. Jadi mungkin akan menarik perhatian pengiklan yang nak iklankan barang-barang kereta atau apa saja promosi berkenaan kereta.

5 Kategori Pembaca Blog
1. Pembaca yang membaca maklumat terperinci - mereka jenis ini akan gunakan search engine untuk mencari maklumat sesuatu perkara.Mereka mungkin sedang mencari satu info yang sangat berguna. Jadi apabila mereka membaca, mereka sangat teliti.