Hijrah ramai orang tafsirkan ia sebagai berpindah, baik dari segi fizikal seperti berpindah tempat, mahupun berubah dari segi sikap dan amalan kita di dalam kehidupan.
1436 tolak 1405 sama dengan 31. Walaupun baru 29. Tapi disebabkan bilangan hari dalam takwim hijrah lebih kurang sedikit berbanding kalendar masihi, nampak tak ia berbeza sebanyak 2 tahun.
Hijrah diri kita dari yang buruk menjadi yang lebih baik. Senang apabila mulut bercakap, tapi bahu yang memikul jua terasa berat.
Nak hijrahkan diri tidak semudah nak berhijrah/berpindah rumah. Walaupun nak pindah rumah kita perlu cari rumah sewa baru, cari lori untuk angkat barang, sesuaikan diri dengan keadaan kejiranan baru dan bermacam-macam lagi.
Nak hijrahkan diri ini pula sesuatu yang berbeza.
Bagaimana kita hendak berubah? Jika tidak wujud kesedaran.
Darimana datang kesedaran? Hati kitalah yang perlu sedar.
Macamana nak berubah jika hati kita tak sedar, hati kita masih tidur, hati kita masih lena. Kena kejutkan dulu hati yang nyenyak tidur. Biar dia tersedar dari lamunan. Lagi bermasalah apabila hati kita sedang sakit, kita perlu ubati hati yang sakit itu terlebih dahulu.
Pada pendapat aku ada dua cara untuk berikan kesedaran kepada hati kita unutk berhijrah menjadi yang lebih baik. Samaada hati kita disedarkan oleh lain atau kita tersedar dengan sendirinya (ataupun kita mendapat hidayah).
Walaupun begitu 100% masih bergantung pada diri kita sendiri. Walaupun tok guru mana sekalipun datang bagi ceramah, kalau hati sudah keras memang takkan berganjak bro.
Namum inysllah jika kita ada niat untuk berhijrah menjadi lebih baik, perlahan-lahan kita akan menuju kearah itu. Antara cepat atau lambat, bergantung kepada kekuatan diri.
Untuk kita berubah, kita perlukan pendedahan, seperti mendengar ceramah dan pergi ke majlis ilmu. dari situ barulah kita boleh mula memupuk kesedaran untuk berubah.
Bagi aku hendak berubah kearah kebaikan, adalah datang daripada kesedaran diri sendiri, cuma bagaimana caranya kta tersedar mungkin berbeza.
Ada yang tersedar setelah disentap dengan nikmat ditarik, Ada yang tersedar selepas kehilangan orang tersayang dan ada juga yang tersedar setelah terbuka pintu hati.
Salam maal hijrah daripada aku, semoga kita pasang niat atau azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik daripada yang tahun lepas.