-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Rumah Pertama Aku

Alhamdulillah, petang tadi selesai urusan peringkat awal masa depan aku. Sudah lama aku rancang, tapi banyak kali aku bertangguh dengan berikan bermacam alasan. Namum sejak sebulan yang lepas pintu hati aku terbuka untuk pertimbangkan, agar diberikan ruang untuk fikirkan demi masa depan keluarga aku.

Ketika pertama kali pintu hati aku diketuk, ayat bermain di dalam fikiran aku adalah sampai bila nak tunggu? semakin lama semakin tua? Orang lain sudah ada, aku nie bila lagi nak ada?

Alasan utama aku adalah kekangan wang ringgit, aku risau jika nanti tak cukup wang untuk menanggung keluarga aku nanti, dengan anak yang semakin membesar. Itulah kerisauan utama aku.

Jika difikirkan semula, jika aku teruskan rancangan aku ini, wang yang keluar lebih kurang sama. Namum nilainya berbeza, kerana aku bayar untuk benda yang akan jadi milik aku, berbanding sekarang yang aku bayar untuk benda yang milik orang lain.

Rumah Pertama Aku

Memiliki rumah sendiri, itulah perancangan aku sekarang. Semua orang nak miliki rumah sendiri. Kini aku tak nak berdalih lagi, jadi aku sudah tandatangan S&P, sudah hantar permohonan pinjaman perumahan, kini aku cuma tunggu sahaja pinjaman aku diluluskan.

Pada awalnya perasaan aku bercampur baur, antara gembira dan gundah. Gembira kerana bakal memiliki rumah sendiri atas nama aku sendiri. Dan gundah kerana takut ekonomi mendatang tak menentu dan akan berikan kesan kepada kos sara hidup kami sekeluarga.

Aku tetapkan hati dan tekad pada kenyakinan kuasa tertinggi. Apa jua adalah datang daripada-Nya. Dan aku sedar dalam waras, siapa yang bukakan pintu hati aku untuk beli rumah, dan aku juga anggap ini adalah rezeki aku. Kerana cuba aku fikir berapa ramai lagi orang yang diluar sana yang tak mampu miliki rumah sendiri. Jadi aku nekad teruskan jua perancangan aku pada hari ini, untuk memiliki rumah pertama aku.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail