-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Proton Iriz Vs Perodua Axia

Sejujurnya memang tidak adil jika kita nak bandingkan antara Proton Iriz dan Perodua Axia. Kedua model ini di dalam kelas segmen yang berbeza, Iriz saingannya adalah Myvi.

Namum tetap ada juga orang yang cuba bandingkan antara Iriz dan Axia. Walaupun aku sudah buat perbandingan yang adil dalam entri aku yang lepas iaitu Proton Iriz Vs Perodua Myvi.

Kali ini aku akan buat pembandingan diantara model Proton Iriz Standard dan Perodua Axia Advance. Model paling rendah bagi iriz dan satu lagi model full spec bagi Axia.

Proton Iriz Vs Perodua Axia


Keupayaan Enjin

Enjin Iriz Standard 1.3L ini dengan keupayaan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm torque pada 4,000 rpm, ini spec bagi spec transmisi automatik (AT).

Bagi model Axia Advance pula, didatangkan dengan enjin 1KR-DE2 1.0L dengan keupayaan 66 hp pada 6000 rpm dan 90 Nm torque pada 3600 rpm.

Memang jauh berbeza kan?




Pengunaan Bahan Api (Fuel Comsumption)


Kalu dari segi kereta compact selalunya orang akan lihat juga dari segi penggunaan bahan api atau Feul Consumption (FC). Lagipun minyak sudah naik sikit kan, jadi nak beli kereta pun nak kena cari kereta yang jimat minyak.

Perodua Axia ramai pakar yang anggarkan Feul Consumption Axia adalah lebih kurang 21.6 km/l. Bagi engine 1.3l Iriz pula dalam anggaran Feul Consumption antara 13.5 km/l hingga 15.2 km.l.

Memanglah model Axia lebih jimat berbanding Iriz kerana keupayaan enjin kedua-dua kereta ini jauh berbeza.

Keluasan Kereta

Ukuran bahagian luar Perodua Axia adalah 3640 mm panjang, 1620 mm lebar dan 1510 mm tinggi. Model Axia kali ini nampaknya lebih besar berbanding Perodua Viva. 

Manakala bagi model Iriz pula dengan 3,905 mm panjang, 1,720 mm lebar dan 1,550 mm tinggi.

Keluasan bonet belakang bagi Axia adalah 260 liter, memang besar tu bagi sebuah kereta compact. dan Iriz yang aku pernah bagitahu keluasan bonet belakangnya adalah 215 liter.



Aku rasa jika pemilik Viva tu dah boleh rasanya nak bertukar angin naik Axia pula, memang berbaloi dengan kadar harganya. Adik aku pun dengarnya dah duk usha nak beli Axia, nanti adik aku beli aku nak test drive lumba dengan Myvi aku....hahaha

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail