-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Misteri 26 Objek Aneh Di Langit Pada Tahun 1992

Aku rasa budak-budak 80-an pasti ada yang masih ingat pasal kisah viral penampakkan 26 objek aneh di langit pada tahun 1992. Aku baru berusia 7 tahun pada masa ini.

Antara kisah 'legend' yang menjadi viral sebelum kewujudan facebook dan whatsapp.

26 Objek Aneh Di Langit Pada Tahun1992

Peristiwa ini berlaku pada 26 Julai 1992, dikhabarkan sekumpulan 200 orang pelajar sebuah sekolah menengah agama tinggi telah melihat 26 imej berbentuk objek aneh di langit sekitar jam 11.30 malam hingga 3.00 pagi. (ada yang cakap ada 28 objek, nanti aku terangkan di perenggan lain).

Namum kisah ini menjadi gempar selepas JAIS mengadakan sidang akbar pada 10 Oktober 1992. Maka tersiarlah cerita ini ke seluruh negara dan menjadi viral dari mulut ke mulut, malah juga melalui sebaran gambar lakaran imej aneh itu yang di fotostat.

Ada juga dakwaan, fenomena penampakkan imej objek aneh di beberapa tempat yang lain.

Kisah ini dianggap benar mungkin kerana kejadian ini berlaku kepada pelajar sekolah agama, malahan jumlah mereka ramai sehingga 200 orang. Dengan rekod jalan penceritaan yang sama, jadi itu yang menyebabkan pihak JAIS mengesahkan kejadian ini pada awalnya.

Kesan Kejadian Objek Aneh

Susulan peristiwa ini, telah menimbulkan keributan dan kegerunan kepada masyarakat. Malah ada yang menganggap ini pertanda dunia nak kiamat. Aku yang masih kecil waktu itu juga terpengaruh sehingga takut untuk memandang ke langit pada waktu malam.

Malah lebih teruk apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada fenomena ini. Ada pihak yang buat salinan fotostat lakaran gambar objek aneh tersebut dan jual kepada orang ramai dengan harga lebih kurang 25 sen sehelai.

Ada juga pihak yang cuba menangguk di air yang keroh. Mereka membuat kutipan wang untuk membina bahtera, kononnya bandar Klang akan dilanda banjir besar. Jadi mereka merancang untuk membina 3 buah kapal.

Ramai juga yang terpengaruh dengan kumpulan ini, sehingga sebuah kapal berjaya dibina dari hasil duit kutipan tersebut. Menurut sumber, kapal itu telah di bina di Meru.

Aku tak pasti adakah kumpulan ini ada kaitan dengan Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh ) yang telah di haramkan pada tahun 2007. Sebab kumpulan ajaran ini juga pernah membina kapal dan secara kebetulan tempatnya juga di Klang.

Tetapi ini hanya lah binaan konkrit yang direka bentuknya menjadi sebuah kapal yang mereka gelar sebagai 'bahtera' yang kononnya akan menyelamatkan pengikut ajaran ini kelak. Dan sinilah menjadi markas kumpulan ajaran sesat ini.

ajaran sulaiman (bahtera nabi noh)

Dan ada satu kumpulan lagi yang mendakwa sebenarnya ada 28 imej objek aneh yang kelihatan di langit pada malam itu. Dua imej lagi tersebut adalah gambaran muka tok guru mereka dan juga terbentuk satu imej lagi nama tok guru mereka.

Dan kini kedua-dua kumpulan diatas sudah di fatwakan sesat.

Objek Aneh Di Langit Palsu

Namum pada 1 November 1992 pihak JAIS telah mengesahkan bahawa kejadian 26 objek aneh dilangit ini hanyalah khayalan. Dan kisah ini adalah palsu.

Walaupun begitu, semasa aku merayau di alam maya mengali kisah ini, masih ada orang yang menpercayai kisah ini, malah ada yang mengaku juga pernah melihat kejadian aneh ini.

Apabila cerita ini dibincang di zaman moden ini, ada yang cuba mengaitkan kejadian aneh ini dengan Project Blue Beam, satu 'projek' yang di kawal oleh NASA. Tetapi pandangan ini bagi aku terlalu jauh, sebabnya projek ini bermula pada 1995.

Namum apa juga dakwaan orang ramai, ada yang percaya dan ada juga yang menafikan kejadian 26 objek aneh di langit ini. Bagi aku kisah yang pernah viral pada suatu ketika dahulu akan kekal misteri, punca tercetusnya fenomena ini mungkin hanya dapat dijawab oleh mereka yang terlibat.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail