-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Harga Internet Malaysia Terlalu Mahal

Aku angguk tanda setuju apabila ada orang cakap harga internet Malaysia terlalu mahal.

Sebagai blogger internet ini umpama nyawa, sebab ada yang buat duit dengan blog, tak ada internet makanya blog tak jalan dan duit pun tak masyukkk.

Harga Internet Malaysia Terlalu Mahal


Aku akan sokong jika pihak kerajaan ada hati nak buat kajian agar harga perkhidmatan internet di Malaysia dikaji agar ia berpatutan.

Biarlah harga atau cas yang dikenakan itu berpatutan dengan servis yang ditawarkan, salah satu cadangan aku ialah tambah kouta bandwith atau buat unlimited kuota untuk semua jenis pakej broadband, sebab zaman sekarang orang guna internet guna telefon pintar.

Kalau boleh tingkatkan lagi kelajuan dan kepantasa internet di negara kita, sebab aku dengar Malaysia berada di ranking 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia.

Sangat teruk ranking ini, malah kita berada di belakang Kemboja dan Vietnam. Sebab kita kan sedang menuju nak jadi negara maju, jadi perlu ada perningkatan. Kalau lambat kena pintas bro.

Lagipun zaman sekarang internet sudah menjadi salah satu keperluan, malah ia juga sudah dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan rakyat.

Sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada ekonomi negara apabila semakin ramai rakyat kita yang berniaga melalui online.

Aku dengar dalam bajet 2015, lebih banyak pencawangan telekomunikasi akan di bina dan internet berkelajuan tinggi juga turut menjadi perhatian kerajaan di dalam pembentangan bajet tersebut.

Aku tak pasti siapa yang menentukan harga internet di Malaysia. Adakah di pihak kerajaan atau dipihak penyedia perkhidmatan internet.?

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail