Kini kita semua sudah maklum, Google street view di Malaysia sudah boleh digunakan bagi kebanyakkan tempat di semenanjung Malaysia. Dan mungkin di masa akan datang ia akan diperluaskan lagi kawasan liputannya.
Mungkin ada yang rasa janggal dan gelisah, apabila gambar rumah mereka dengan jelas terpapar di internet. Tak kurang juga yang rasa risau, jikalau kemudahan sebegini disalahguna oleh mereka yang tak bertanggungjawab.
Namum aku rasa jika kita rasa tak selesa rumah kita dipaparkan dengan jelas oleh Google Street view, anda boleh menghantar report kepada pihak Google untuk kaburkan gambar rumah anda.
Sebenarnya pihak Google telah melakukan secara automatic untuk kaburkan beberapa bahagian di dalam gambar, jadi mungkin ada yang terlepas pandang.
Anda boleh pilih untuk kaburkan muka anda, rumah anda, kereta/nombor plate kereta dan gambar yang lain-lain. Dan selain itu anda juga boleh buat report kepada google tentang kualiti gambar atau gambar berada ditempat yang salah.
Cara-caranya boleh ikut langkah dalam gambar dibawah ini.
![]() |
Cara hendak kaburkan gambar di Google Streetview. |
Gambar Menarik Google Street View Di Malaysia
Dalam pada itu, mungkin kita sudah lihat gambar-gambar menarik yang dirakam oleh kamera Google streetview di negara luar. Kini apa kata kita lihat beberapa gambar yang menarik yang ada di Streetview Malaysia pula.
![]() |
Sempat lagi pergi makan mcD yer sambil gi rakam gambar. |
![]() |
Ayam pun dorang kaburkan muka, takut kena saman la tue. |
![]() |
Motor abis minyak ke bang. |
![]() |
Hah..cari apa tu? |
![]() |
Nak gi roadblock dekat mana tu bang. |
![]() |
Antara rumah yang telah dikaburkan. |