Lebih-lebih lagi sekarang ramai sudah tahu Google Streetview di Malaysia sudah boleh digunakan

Lagipun zaman sekarang, semua orang suka untuk mendapatkan info melalui telefon pintar. Semuanya dihujung jari. Jadi sebagai peniaga kita perlu manfaatkan kemudahan seperti ini.
Misalnya anda ada buka restoren, dan anda letakkan lokasi premis restoren anda di dalam Google Maps.
Mungkin anda ada buat promosi pasal restoren anda di facebook, jika mereka yang tak biasa dengan kawasan restoren anda, mungkin tercari-cari jalan untuk mencari restoren anda.
Jadi disini, mungkin mereka akan cari peta untuk pergi ke restoren anda. Jadi disitulah pentingnya untuk letakkan lokasi premis anda di dalam Google Maps. Kiranya inipun salah satu cara untuk promosi terutama dalam menarik pelanggan baru.
Cara Letak Lokasi Premis Di Google Maps
1. Mula-mula anda pergi ke laman Google Map Maker. Cari alamat premis anda. Selepas itu tukarkan google maps tadi kepada mode "Satelite" untuk lebih senang kita tanda kawasan nanti.2. Cari dan klik pada button "ADD NEW", selepas itu klik pada pilihan "Add a Place".
3. Selepas itu cursor anda akan bertukar menjadi seperti di bawah. jadi tandakan pada kedudukan premis anda dengan tepat.

4. Selepas itu, isikan setiap form yang dipaparkan dengan maklumat lengkap premis kita. Dan tekan "SAVE".
