Blogger di Malaysia hari ini aku rasa sudah cukup ramai. Malas aku cari statistik jumlah blogger yang ada di Malaysia nie.
Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my
Sebenarnya ada ramai blogger yang aku kagumi, kalau nak sebut semua mahu dua tiga entri aku tulis nie. Bagi entri kali ini biarlah aku dedahkan beberapa blogger yang sangat aku kagumi.
Kiranya blogger ini banyak memberi inspirasi kepada aku didalam duni blogging. Walaupun aku ni cuma blogger picisan semata-mata.
Blogger Yang Dikagumi

1. DenaiHati.com - Siapa tak kenal blogger ini, antara blogger top di Malaysia. Apa yang buat aku kagum dengan DH ialah beliau sangat merendah diri, serta suka memberi. Aku sendiri pernah dapat habuan daripada DH didalam segmen semperna kemerdekaan yang lepas.
Selain itu, DH juga telah menbuktikan sesuatu di dalam dunia blogging. Apa yang aku tersangat kagum blog Denai Hati menjadi blog rasmi Kongres Ulama Nusantara dan Ummah yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, (masjid kampung aku nie) beberapa hari lepas.
2. HasrulHassan.com - Ini satu lagi blogger yang tak perlu aku perkenalkan. Aku boleh anggap bro Hasrul Hassan sebagai sifu kepada aku, walaupun aku tak pernah menuntut ilmu secara langsung daripada beliau, tetapi di blog dia cukup sarap dengan ilmu dan panduan tentang blog yang telah aku pelajari
Bro HH ni tak lokek ilmu, ada sahaja tips blogging yang terkini di kongiskan kepada pembaca setia blog beliau. Kepada blogger baru, terutamanya yang guna platform blogspot, aku cadangkan untuk menimba banyak-banyak ilmu daripada bro HH.
3. AhmadFaizal.com - Blogger ini juga boleh dianggap Sifu, si pengarang Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Aku kagum dengan Ahmad Faizal kerana belaiu tersangat konsisten dalam mencari duit melalui blog. Walaupun ramai orang yang anggap dia ni agak poyo sikit, tapi aku tahu dia ikhlas dan terlampau poyo sebenarnya.
Salah satu kelebihan si Ahmad Faizal ni ialah beliau boleh memakan semangkuk cendol dengan sekali suap, serta mampu bermimpi 3 level. Inilah cerita kehebatan penggemar cendol no.2 di Banting.
4. AbangEnsem.com - Malas aku nak cerita pasal blogger ini, satu sahaja yang buat aku kagum dengan beliau, iaitu AE seorang lelaki yang berani, kerana beliau berani memaki baju pink. Full Stop.
Aku tak tahu apa yang sudah aku melalut nie. Lagipun aku buat entri ini sebagai tanda menyokong kontest yang di buat rakan blogger.