-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Betul Ke Lelaki Manja Ketika Demam?

Aku tak pasti aku ni jenis lelaki yang manja ketika demam atau sakit. Sebabnya aku ni jenis lelaki sejati yang jarang nak mengalah dengan kalau setakat demam selsema, aku masih bangun dan buat kerja yang aku nak buat. 

Lelaki Manja


Tapi aku bukanlah superman, ada juga masanya kita rasa sakit, demam dan macam-macam lagi dugaan hidup. Ada kala rasa juga nak bermanja 200% ketika kita sakit.

Bagi aku masa nak rasa bermanja sikit dengan bini ialah ketika sakit sakit-sakit badan, sakit urat, nak surut bini urut la, takkan nak pergi rumah urut pulak, dah kita ada bini kan.

Tapi aku ni jenis yang tak suka nak mengada-ngada nak jadikan bini aku nurse, aku baring dan suruh bini aku pergi ambil apa saja yang aku nak ataupun nak suruh bini aku menempel dengan aku sahaja ketika aku sakit.

Nak minum air pun nak kena suruh bini ambilkan, itu bukan cara aku. Ketika aku sakit atau demam, aku cuma harap bini aku faham, dan biarkan aku berehat yang cukup.

Aku tak suka dilayan macam budak kecil, ala macam kita budak-budak dulu masa demam, asyik nak merengek je. Tapi semasa aku budak-budak dulu kalau aku demam, aku memang manja sikit dengan emak aku..hehehe

Aku tak pasti berapa ramai lelaki di Malaysia yang termasuk dalam golongan 57% lelaki yang inginkan perhatian dan simpati ketika sakit, ini fakta yang dikeluarkan oleh The Engage Mutual.

Namum jika ikut datuk aku, dia memang tak boleh hidup kalau nenek aku tak ada di rumah, lebih-lebih lagi ketika datuk aku sakit. Nenek aku kena jaga datuk aku macam budak kecik, tinggal sekejap pergi basuh kain sudah terjerit-jerit panggil nama nenek aku. Memang manja datuk aku nie.

Tak tahulah nanti apabila aku dah tua akan ikut perangai datuk aku ni.

Iyelah denagn siapa lagi kita nak bermanja kalau bukan dengan bini kita.

Lebih-lebih lagi apabila kita sudah tua, hanya hidup berdua dengan bini kita, anak-anak dah membesar ikut haluan masing-masing. Sakit demam kita dengan bini kita, saling bergilir jaga siapa yang sakit.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail