Baiklah, musim Bajet 2015 sudah tiba lagi. Selalunya sebelum dan selepas pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri, media sosial, di kedai-kedai kopi akan kecoh, semua orang bajet nak jadi pakar ekonomi.
Disebabkan semua orang nak cerita pasal bajet, aku pun nak cerita pasal bajet juga. Walaupun aku tak bajet gaji penjawat awam akan naik. Dapat bonus pun jadi la, sekurang-kurangnya tak lari bajet aku untuk dua tiga bulan mendatang.
Aku tahu ramai yang duk bajet akan ada habuan dan insentif daripada kerajaan seperti Br1m atau apa jua jenis subsidi. Lebih-lebih lagi dengan perlaksanaan GST bermula pada tahun 2015 dan juga kenaikan harga minyak, walaupun cuma 20 sen, eh bukan naik tapi subsidi minyak telah dikurangkan.
Namum dari segi kemajuan ekonomi negara sudah pastinya mereka yang berada di peringkat lebih tinggi ingin melihat dasar-dasar baru kerajaan seperti cukai atau apa sahaja untuk memacu ekonomi negara agar bersaing dengan cemerlang pada tahun hadapan.
Aku cakap ni macam aku bajet, aku ni pakar ekonomi pulak.
Orang-orang kampung pastinya yang perlu diberikan perhatian, dengan kenaikkan harga minyak, harga barangan lain juga sudah pasti akan terkesan. Harga barangan mungkin akan sedikit mahal di kawasan pendalaman berbanding harga di kawasan bandar.
Subsidi antara perkara yang sering diperkatakan hari ini. Ada pihak yang mahu rombakkan dalam pengagihan subsidi negara, agar ia digunakan oleh mereka yang betul-betul memerlukan.
Aku setuju jika agihan subsidi ini cuma terhad kepada mereka yang memerlukan sahaja, kerana keadilan itu tidak semestinya hak sama rata.
Malas dah aku nak cerita pasal bajet, mesti korang akan cakap aku ni bajet bagus nak cerita pasal ekonomi. Aku dah malas nak cerita panjang, korang boleh baca serba sedikit pasal bajet daripada yang pakar disini.