-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Aku rasa pasti ramai yang akan bandingan Proton Iriz vs Perodua Myvi. Dua model kereta kompak ini berada di dalam kategori yang sama, dan tak adil jika Proton Iriz di bandingkan dengan Perodua Axia. 

Proton Iriz hadir dalam segmen-B sama seperti Myvi, jadi sudah pasti ramai ingin lihat adakah Iriz mampu mengatasi Myvi. Jika tidak, model terbaru Proton ini akan menerima nasib seperti modelnya yang terdahulu iaitu Savvy yang kurang menyerlah di pasaran.

Adakah membeli Iriz lebih berbaloi berbanding Myvi. Perbandingan aku ini untuk model full spec bagi Iriz Premium 1.6 dan Myvi Extreme 1.5.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Keupayaan Enjin.

Proton Iriz (Premium) bagi enjin 1.6, dengan keupayaan 107 hp pada 5,750 rpm dan 150Nm torque pada 3,750 rpm. Dikatakan enjin ini dikatakan dibina untuk menyokong hybrid dan electric powertrains dimasa akan datang.

Enjin twin-cam Myvi Extreme 1.5 pula, ini adalah enjin 3SZ-VE yang sama juga digunakan pada Perodua Alza. Semua orang sudah tahu,sejak model pertama Myvi guna timing chain, bukan timing belt. Enjin Myvi dengan keupayaan 102 hp pada 6,000 rpm dan 136 Nm torque dari 4,400 rpm.

Agak-agak korang kereta yang mana lebih laju dan berbaloi.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Penggunaan Bahan Api (Fuel Comsumption)

Kita bandingkan pula dari segi penggunaan bahan api, antara kreitria yang menjadi panduan juga kepada merak yang nak beli kereta, maklumlah minyak semakin mahal sekarang ni.

Proton Iriz 1.6 dikhabarkan FC 15.2km/l bagi kereta manual dan bagi transmisi automatik (CVT) pula dengan 13.5km/l.

Manakala bagi Perodua Myvi 1.5 pula dengan FC 15.9 km/l bagi kereta manual dan 12.9 km/l bagi tranmisi automatik.

Tidak jauh berbeza dari segi penggunaan bahan api bagi kedua-dua model ini.

Keluasan Dalaman Kereta

Keluasan dalam kereta juga penting, iyalah kadang-kadang kita nak travel jauh, bawa satu family, kita nak juga keselesaan apabila kereta dipadatkan macam tin sardin.

Iris di bina dengan 3,905mm panjang, 1,720mm lebar dan 1,550mm tinggi. Iriz lebih besar dengan lebih 215mm panjang, 55mm lebar dan 5mm tinggi berbanding Myvi.

Namum dalam beberapa review bahagian depan Iriz lebih sempit berbanding Myvi, dan bahagian penumpang belakang pula Iriz lebih besar dan agak seat belakang Iriz lebih tinggi sedikit berbanding Myvi.

Keluasan boot belakang pula bagi Iriz adalah 215 liter dan bagi myvi pula hanya 225 liter. Penting untuk isi beg nanti balik kampung.

Proton Iriz Vs Perodua Myvi

Itulah serba sedikit perbandingan antara kedua-dua model ini. Aku yakin pasti ramai yang akan tunggu dan lihat, apabila setiap kali Proton keluarkan model terbaru. Pengguna mahu lihat kualiti dan keupayaan yang Proton mampu buat dalam menambahbaik setiap kereta keluaran mereka.

Aku yakin Proton pastinya mahu buktikan Iriz adalah model terbaik dan dengan kualiti yang lebih baik berbanding model persaingnya.

Bagi pendapat aku jangan kutuk Proton dulu, kita tengok terlebih dahaulu sejuah mana prestasi Iriz di jalanraya nanti. Tak salah unutk kita kritik tapi biarkan berpada, jika bukan kita rakyat sendiri yang sokong kereta tempatan, siapa lagi yang nak sokong.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail