-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Oh Cikgu Kenapa Viralkan Jawapan Kelakar

Cikgu yang suka viralkan kertas jawapan 'kelakar' kini bukan lagi perkara baru di laman-laman sosial. Semakin lama cikgu cikgi semakin berani untuk jadikan anak muridnya menjadi bahan kelakar untuk digelak oleh orang ramai.

Bagi pendapat aku ini bukanlah budaya yang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak. Walaupun ianya sekadar untuk dibuat bergurau dan sekadar suka-suka sahaja.



Setiap kanak-kanak perkembangan mereka berbeza-beza. Tak semua akan jadi sama pandai, ada yang lambat pandai membaca, ada murid yang lambat pandai menulis.

Macam aku masa budak-budak dulu, aku agak lemah dalam menghafal ayat-ayat yang panjang. Padahal aku sudah pandai membaca dan menulis sejak dari umur 6 tahun. Umur aku 8 tahun subjek matematik dalam genggaman aku, setiap kali ujian aku score A.

Nak dijadikan cerita, waktu itu aku masih lagi darjah 3, ya 3 Mawar, kelas paling pandai diantara semua darjah 3.

Kejadian berlaku ketika kelas Pendidikan Islam. Ustazah aku cuti bersalin, dan ada ustazah gantian iaitu cikgu sandaran yang ganti mengajar.

Jadi cara ustazah gantian mengajar tidaklah sama dengan ustazah kesayangan aku yang sedang bercuti. Dia banyak mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran.

Pada satu hari dia saja-saja nak uji hafalan ayat bacaan dalam solat. Tiba giliran aku, ustazah itu suruh aku baca doa Iftitah. Aku pula tidak hafal. Jadi ustazah pun suruh aku baca mengikut apa yang dibaca oleh ustazah.

Aku yang lurus bendul waktu itu, terus mengikut sahaja apa yang dibaca oleh ustazah. Tapi aku pelik, kenapa ada sebahagian kawan-kawan aku asyik tergelak dibelakang. Ustazah pun asyik tersenyum sinis.

Sebaik sahaja aku kembali ke tempat duduk, kawan aku beritahu tadi ustazah saja kenakan aku dengan baca surah lain, tapi aku ikut sahaja apa yang ustazah itu baca, padahal itu bukan Doa Iftitah.

Sejak kejadian itu, aku jadi malu dan setiap kali ada kelas Pendidikan Islam aku akan ponteng. Sehinggalah aku kantoi dengan cikgu kelas lain. Akibat ponteng aku di rotan oleh cikgu displin.

Selepas itu aku nekad untuk hafal semua bacaan dalam solat. Supaya aku tidak lagi menjadi bahan ketawa orang lain. Lagipun ustazah gantian tadi cuma sekejap sahaja mengajar aku. Niat aku ponteng adalah untuk lari dari ustazah tadi.

Pada awalnya aku menyimpan dendam. Namum tak disangka-sangka ustazah tadi kembali mengajar aku di kelas Fardhu Ain pula semasa aku darjah 4. Namum kali ini dia tidak lagi kenakan aku. Dan aku pun semakin sayang ustazah yang ini sebab selalu bagi hadiah jika aku dapat hafal 99 nama Allah.

**Nota: Oh Cikgu dekat tajuk tak ada kena mengena dengan bro Titan, aku yakin Titan cikgu yang baik...hahahaha..Dan sudah semestinya aku sanjung jasa setiap daripada cikgu akuyangpernah mendidik dan merotan aku untuk jadikan orang orang yang berguna.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail