-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Nilai Kemanusiaan

Nilai kemanusiaan dinyatakan oleh DBP membawa maksud kualiti atau mutu yang berkaitan perihal sifat manusia. Masakini sering kali kita diperdengarkan kurangnya nilai kemanusiaan didalam masyarakat moden.

Iyalah, terlalu kerap kita dengar, baca dan lihat berita pasal manusia yang tak berperikemanusiaan. Kes bunuh, buang anak, dera dan macam-macam lagi perihal manusia yang tiada hati perut. Belum cerita bab yang kecil-kecil lagi yang sering berlaku didepan mata kita, seolah nilai kemanusiaan tiada lagi di zaman ini.

Apabila menjadi viral seorang lelaki cina sanggup memberikan baju hujan kepada seorang bayi yang sedang dibawa oleh bapanya menaiki sebuah motor ketika cuaca hujan,

Nilai Kemanusiaan


Oh!..bertapa nilai kemanusiaan masih wujud di dalam dunia ini. Ya masih ada orang yang berperikemanusiaan di abad ini.

Disamping itu aku terjumpa juga beberapa kisah lain yang menggambarkan bertapa orang kita masih lagi menyimpan nilai kemanusiaan. Walaupun ada yang menganggap ini cuma perkara kecil, tetapi ianya mungkin begitu besar pertolongan ini kepada yang menerima bantuan itu.

Nilai Kemanusiaan

Untuk kita memberikan pertolongan, tak kria kecil atau besar sumbangan atau nilainya. yang penting adalah kita sanggup berikan bantuan kita seikhlas mungkin kepada mereka yang memerlukan. Kita tak berkira ketika kita menghulurkan bantuan. Dengan bantuan ikhlas kita itu, walaupun kecil mungkin orang akan ingat sampai mati.

Nilai Kemanusiaan

Aku juga ada kisah sendiri pasal nilai kemanusiaan yang masih ada di ibu kota Kuala Lumpur. Kisah berlaku beberapa tahun dahulu, ketika aku pertama kali menjejakkan aki di bandaraya pesat ini.

Aku ketika itu yang baru mendapat kerja. Berulang alik dengan motor, Honda Wave kesayangan aku pada waktu itu. Al-kisahnya bermula dihari pertama aku melaporkan diri. Aku telah sesat ketika pulang.

Dari Jalan Duta hendak ke Kampung Pantai Dalam, sekali aku pusing entah kemana, sesat hilang panduan di tengah-tengah kota raya. Dari waktu habis kerja pukul 5 petang hingga ke pukul 6.30 petang, aku masih belum jumpa jalan pulang.

Ahh sudah, bateri telefon Nokia N-Gage aku pula sudah kehabisan bateri. Nak telefon pak cik aku suruh datang ambil, nombor telefon dia aku hanya simpan dalam telefon bimbit aku. Akhirnya aku terpaksa redah juga liku-liku perjalanan di Bandaraya Kuala Lumpur, tanpa arah.

Aku pun teringat balik petua emak aku. Malu bertanya sesat jalan. Jadi setiap kali aku berhenti di lampu isyarat aku akan cuba bertanyakan orang yang naok motor disebalah aku. Namum dengan beberapa akli percubaan masih gagal. Aku tak dapat tangkap panduan yang mereka beri. Lagipun mungkin aku dah tersesat jauh.

Akhirnya, di percubaan terakhir aku, aku bertanya kepada seorang brader, bawa superbike. Tanpa banyak bicara, dia suruh aku ikut dia. Jadi tanpa rasa malu aku follow brade tadi dari belakang, Hebat beb motor kapcai aku dapat cucuk angin belakang superbike.

Dia bawa aku sehingga ke Kerinchi, selepas itu dia bawa haluan dia. Dan aku pun sudah nampak jalan pulang ke Kampung Pantai Dalam.

Aku masih ingat sehingga kini pertolongan brader macho tu. Dan akna ingat sampai bila-bila, kenangan dan pertolongan yang orang berikan kepada aku, walaupun ianya sangat kecil.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail