-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Musuh Kita Yang Paling Kejam

Sebut pasal musuh pasti kita ingat pasal musuh negara, musuh perniagaan dan banyak lagi jenis musuh. Selalunya musuh ini akan memberi ancaman kepada kita.

Musuh Kita Yang Paling Kejam

Tapi dalam diri kita juga ada musuh. Ada sikap yang akan jadi musuh kita, yang perlu kita perangi. Jadi senaraikan sikap negatif kita sekarang dan kenal pasti yang mana satu menjadi musuh kita.

Kenapa aku anggap ada sikap negatif itu sebagai musuh. Bagi aku jika sikap kita yang boleb buatkan kita gagal untuk maju ke hadapan itu musuh. Ataupun sikap buruk kita yang boleh buatkan hidup kita jadi teruk.

Bukan sahaja sikap negatif tetapi apa juga sikap yang boleh memudaratkan kita, boleh kita anggap sebagai musuh.

Sebagai contoh sikap malas, ia jadi musuh kita sebab dengan sikap malas nak buat apa pun tak boleh, asyik malas sahaja. Sikap ini sudah menghalang kita untuk majukan diri kita. Jadi ia musuh yang perlu kita perangi.

Kesedaran dalaman perlu untuk kita kenalpasti kelemahan diri kita. Muhasabah diri jalan terbaik. Kenal diri kita sendiri. Barulah kita sedar yang mana sikap kita yang selalu mengagalkan rencana hidup kita.

Nekad dalam hati untuk mengatasi sikap negatif kita. Buat secara berterusan, istiqamah. Latih diri kita untuk tidak tunduk dengan musuh kita. Kuatkan kubu pertahanan, perisai mesti padu. Jangan biarkan musuh menguasai kita.

Sebelum kita pergi berperang dengan musuh yang nyata. Kalahkan dulu musuh yang ada dalam kita. Pasal musuh dalam selimut aku cerita lain kali.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail