-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Mitos Tentang Alexa Traffic Rank

Aku ada sedikit isu untuk dibincangkan, iaitu mitos tentang Alexa traffic rank. Aku kira topik ini relevan dengan misi naikkan kembali ranking Alexa blog aku bulan ini. Aku berharap sangat ada otai-otai blogger akan berikan komen dan pendapat yang bernas nanti sebagai perkongsian untuk semua blogger.

Mitos Tentang Alexa Traffic Rank


Mitos pasal Alexa ini aku kupas hasil daripada penulisan salah seorang author di blog Alexa, Greg Orelind. Di dalam artikel beliau yang diterbitkan pada bulan jun lalu yang berjudul Top 6 Myths about the Alexa Traffic Rank. Tanpa membuang masa jon kita baca bincang beberapa mitos yang dinyatakan oleh Gred Orelind ini.

Mitos Tentang Alexa Traffic Rank

1. Pasang Widgets Rank Alexa akan menaikkan ranking.

Jika kita selalu membaca pasal entri tips meningkatkan ranking Alexa, memasang widgets rank Alexa sering disarankan oleh ramai blogger. Tetapi jawapan daripada Greg pula adalah TIDAK. Dia kata widgets rank Alexa hanya untuk tujuan promosi ranking blog kita kepada pelawat. Dan widget ini tidak digunakan untuk menyukat trafik blog kita.

2. Claim blog di laman Alexa akan menaikkan ranking.

Claim blog kita dilaman Alexa juga tidak memberikan kesan kepada ranking Alexa. Tujuan utama kita 'claim' blog kita adalah untuk memastikan blog kita dapat dirujuk oleh berjuta-juta pelawat di laman Alexa setiap bulan.

3. Alexa hanya menyukat trafik blog yang memasang Alexa Toolbar.

Menurut Greg, Alexa mengukur trafik blog melalui pelbagai browser extensions dan plug-in. Manakala Alexa Toolbar adalah hanyalah salah satu daripada browser extensions yang menpunyai data Alexa, ada banyak lagi browser extension lain yang ada fungsi yang serupa. Jika kita sudah memasukkan kod pengesahan Alexa pada blog kita, maka Alexa akan mula menyukat trafik yang masuk ke blog kita, walaupun kita tidak memasang Alexa Toolbar.

4. Jika trafik blog naik mendadak pada hari tertentu, maka ranking Alexa juga akan bertambah baik.

Greg menjawab tidak semestinya begitu. Ranking Global Alexa dikemaskini setiap hari, tetapi Alexa pengiraan Alexa adalah berdasarkan trafik blog sejak 3 bulan yang lepas. Greg juga berikan formula, trafik untuk sehari dikira 1/90 daripada jumlah trafik blog sepanjang 3 bulan untuk menentukkan ranking blog kita. Pergerakan ranking laman web atau blog orang lain juga akan memberi kesan kepada ranking blog kita.

5. Pergi la baca sendiri dekat blog alexa tu.

Takkan semua aku nak tulis dekat sini, marah pula si Greg tu nanti dekat aku, nanti dia cakap aku copypaste artikel dia pula. Macam la Greg tu teringin nak masuk blog aku ni. Namum aku tertarik juga dengan satu komen salah seoang pembaca di blog itu.

Top 5 Mitos Tentang Alexa Traffic Rank

Bagi pendapat aku, percubaan aku untuk menaikkan ranking Alexa adalah sekadar ingin mencabar kemampuan diri. Tak ada maknanya aku nak bersaing dengan orang lain yang sudah semestinya lebih hebat daripada aku. Ini hanyalah sebagai motivasi dan penanda aras dunia blogging aku, nanti sudah ada cucu boleh ceritakan dekat anak cucu, atuk pernah dapat ranking tinggi zaman atuk muda-muda dulu..hahaha

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail