-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kemana Hilangnya Not RM500 dan RM1000

Generasi kini mungkin tidak pernah melihat apatah lagi memegang Not RM 500 atau Not RM 1000. Selepas not ini dimansuhkan sejak tahun 1998. Mesti ada yang tetanya mana perginya Not Rm 500 dan RM 1000 ini? Kenapa ia dimansuhkan oleh Bank Negara Malaysia?

Kemana Hilangnya Not RM500 dan RM1000


Ketika itu orang kaya-kaya sahaja yang dapat pegang duit ni. Selepas kegawatan ekonomi yang teruk pada era 90-an, pasaran luar persisiran pantai bagi ringgit telah dihentikan, dan serta merta juga denominasi besar Ringgit Malaysia (RM1000 dan RM500) dimansuhkan serta merta.

Salah satu lagi sebabnya juga adalah bagi mengelakkan wang dalam Malaysia mengalir keluar ke negara lain. Apabila ada sejumlah besar wang dibawa keluar ke negara lain, maka peredaran wang itu telah terhenti. Dalam bahasa ekonominya wang tadi telah "dibunuh".

Sepatutnya wang tadi bersilih ganti bertukar tangan. Dari seorang pembeli kepada peruncit kepada pemborong dan seterusnya kepada pengeluar atau pengilang. Keadaan ini akan menjadikan putaran ekonomi yang sihat, menjana pekerjaan, pendapatan dan kekayaan. Jadi kitaran wang dalam negara perlu kekal begini. Kalau ada yang masih ingat semasa era 90-an ada kempen supaya rakyat kita berbelanja di dalam negara, inilah salah satu sebabnya.

wang kertas not RM500


wang kertas not RM1000


Mana Perginya Not RM500 Dan RM1000

Selepas ia dimasuhkan Bank Negara Malaysia meminta kepada yang memiliki not RM 500 dan RM 1000 supaya menukarkan wang itu BNM.

Setakat tahun 2008, wang kertas not RM500 ada sebanyak 151,482 keping masih belum dipulangkan kepada BNM dengan nilainya RM75.741 juta.

Manakala sebanyak 28,315 keping wang kertas not RM1,000 juga masih dikembalikan kepada BNM yang bersamaan dengan nilai RM28.315 juta.

Jika ada sesiapa masih memiliki wang ini dan teringin hendak menukar wang ini boleh rujuk disini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail