Memang seronok jika dalam seminggu kita hanya berkerja 4 hari sahaja, seperti yang baru di lakukan di Filipina bagi sektor awam disana. Cuma 2 jam akan ditambah setiap hari, jadi kena kerja 10 jam sehari.
Alasan kerajaan Filipina buat dasar begini adlaah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sana. Di samping bagi memberikan lebih waktu berkualiti penjawat awam bersama keluarga di rumah. Mungkin kecekapan bekerja akan dapat dipertingkatkan.
Cuma aku rasa tempoh bekerja cuma 4 hari ini akan menyulitkan juga orang ramai apabila hendak berurusan dengan perkhidmatan awam. Masa jadi sedikit suntuk.
Namum jika difikirkan juga, mungkin tekanan kerja akan meningkat sedikit, sebab kerja kita perlu selesaikan dalam masa 4 hari, jika ada kerja mendesak, memang kena pulun la dalam masa 4 hari tu.
Selepas cuti 3 hari, masuk kerja hari isnin, kalau ada simptom monday blues, lagi teruk der. Hari isnin setengah hari dihabiskan termenung dimeja kerja, cuma tinggal 3 hari setengah aje la nak buat kerja.
Di Malaysia aku rasa sudah cukup banyak cuti umum di samping cuti hujung minggu ni. Bekerja 4 hari seminggu rasanya tak praktikal, lainlah jika kerajaan nak kurangkan kesesakkan di bandaraya Kuala Lumpur, idea ni boleh diketengahkan juga.
Bunyinya macam seronok kan, ada banyak masa cuti dan dapat dihabiskan bersama keluarga. Dulu aku rasa di Malaysia hari sabtu pun kena kerja separuh hari. Kiranya sekarang ni lebih okey berbanding dulu.