-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Erti Persahabatan

Dalam kita menyelusuri ranjau kehidupan, sudah pastinya ada insan yang bernama kawan menenami kita. Namum ada juga sebuah persahabatan yang terputus ketika kita sedang mengorak langkah maju ke hadapan. Sudah berapa ramai kawan kita yang hilang?

Jika soalan ini diajukan kepada aku, ada begitu ramai kawan-kawan aku yang terpaksa aku tinggalkan. Ada banyak faktor, yang paling ketara adalah apabila aku terpaksa berhijrah demi memajukan diri.

Jenis aku, tak memilih kawan, tak pilih bulu. Aku berkawan tak kira peringkat, pangkat, umur dan apa sahaja yang membezakan manusia. Aku hidup berkawan anti-prejudis.

Erti Persahabatan

Aku ada kawan dari Indonesia, bangla pun ada, seorang hindu yang baru memeluk Islam juga pernah menjadi kawan aku. Seorang cina yang dibuang daerah pun pernah.

Malah ada kawan aku daripada budak-budak yang tercicir mereka ini tak sempat habiskan persekolahan mereka, ada dikalangan mereka yang jadi penagih. Tapi masih berkawan, ada masanya aku cuba memahami kenapa mereka terjerumus.

Ada kawan aku sejak dari darjah satu. Dan ada juga kawan yang datang sekadar angin lalu. Datang dan hilang begitu cepat.

Tanpa prejudis aku berkawan tak mengira latar belakang. Kawan tikam belakang pun aku pernah kena. Kawan yang cuma ambil kesempatan juga pernah berkawan dengan aku.

Namum tak kiralah apa juga sifat dan tabiat serta perangai mereka. Tapi yang selalu aku perasan pasal kawan-kawan aku ini ialah mereka suka bercerita pasal kisah hidup mereka, adakalanya mereka meluahkan perasaan atau menceritakan hal yang peribadi kepada aku.

Ya, mungkin aku pendengar yang baik. Ada bermacam-macam rahsia setiap daripada kawan-kawan yang terpaksa aku sembunyikan. Semuanya mungkin akan tersimpan buat selama-lamanya.

Ada diantara mereka yang begitu percayakan aku. Sehingga permasalahan rumahtangga pun dikongsikan dengan aku.

Ketika aku sedang menulis ini. Teringat daku kembali sejarah silam. Teringat dekat kawan-kawan yang pernah bersama kita disuatu ketika dahulu. Ketika kita senang, ketika kita susah. Semuanya ada cerita tersendiri.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail