Bagaimana ranking Alexa ditentukan? apakah cara pengiraannya atau formula yang digunakan bagi menentukan kedudukan ranking blog kita pada Global Rank dan Country Rank.
Sekarang aku pun sedang dalam Misi Naikkan Kembali Ranking Alexa blog ini, nak tengok sejauh mana dia boleh pergi dalam masa tempoh sebulan atau 30 hari. Aku cuba perbaiki kedudukan ranking aku sejak sebulan yang lepas.
Malas nak sembang panjang, mari kita lihat....
Bagaimana Ranking Alexa Ditentukan
1. Ranking Alexa adalah berdasarkan Pageviews dan Unique Visitors. Pageviews adalah jumlah url atau entri blog kita yang telah dilawati, Unique Visitors pula adalah jumlah pelawat yang masuk ke blog kita dalam masa sehari.2. Tetapi jika seseorang pelawat itu melawat URL yang sama dengan berulang kali dalam masa sehari. Pageviews ini dikira sebagai 1 sahaja oleh Alexa.
3. Pengiraan bagi Global Rank, jumlah Pageviews dan Unique Visitors diambil daripada 3 bulan terkini yang lepas.
4. Bagi Country Rank, pengiraannya juga dengan menjumlahkan Pageviews dan Unique Visitors tetapi tempohnya hanya untuk sebulan yang lepas sahaja. Aku pun ada perasan, Country Rank aku lebih cepat turun berbanding Global Rank.
Ini hanyalah serba ringkas info berkenaan Ranking Alexa, buat bacaan dan kajian blogger baru, aku pun masih belajar dan akan terus belajar.
Jangan tanya aku samaada ranking Alexa penting atau tidak, ianya sudah lama dibahas di blog Denaihati dalam entri yang bertajuk Alexa Ranking Tak Penting. Lagipun memang sesuai blog Denaihati.com dijadikan contoh, kerana kini blog ini sekarang berada di ranking tertinggi dalam kategori blog personal.
Jadi info ini untuk mereka yang ingin menambah nilai kepada blog mereka. Walaupun kualiti blog bukan terletak hanya kepada ranking Alexa semata-mata. Jika benar-benar mahu serius dengan dunia blogging, ada banyak perkara lagi yang kita perlu belajar.