Video Bandaraya Kuala Lumpur sekitar 1920-an. Ketika ini negara kita berada dibawah pemerintahan British. Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu adalah Sir Laurence Nunns Guillemard. Guillemard berkhidmat bermula 3 Februari 1920 sehingga 5 May 1927. Selepas itu Pesuruhjaya Tinggi British (British High Commissioner) diganti oleh Sir Hugh Charles Clifford.
Apa peristiwa yang menarik berlaku di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an.
Pembinaan Jambatan Guillemard di Kursial, Tanah Merah, Kelantan. Jambatan ini dibina pada tahun 1920 dan siap pada tahun 1925. Pada tahun 1925, ketika Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV merasmikan jambatan ini, baginda telah menamakan jambatan ini bersemperna Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu. Ia juga merupakan jambatan terpanjang di Tanah Melayu pada ketika itu.
![]() |
Jambatan Guillermard. |
Pada era tahun 1920-an juga, jalanraya telah dibina di Tambak Johor, kerana pada awalnya Tambak Johor yang dibina sejak tahun 1909 hanya untuk landasan keretapai sahaja. Pada tahun 1924, jalanraya di Tambak Johor telah siap dibina. Idea pembinaan Tambak Johor atau Tambak Tanjung Puteri ini adalah pada zaman Sultan Ibrahim, Sultan Johor pada ketika itu.
![]() |
Batu Asas Tambak Johor. |
Dan pada masa pendaratan Jepun di Tanah Melayu, 2 jambatan ini juga telah dibom oleh tentera British sendiri untuk menyekat kemaraan tentera Jepun.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) telah dibuka pada tahun 1922, di Tanjung Malim. MPSI telah dirasmikan oleh W.G Maxwell. MPSI ketika itu dianggap sebagai pusat pengajian paling tinggi di Tanah Melayu. Namum tahap pendidikna orang Melayu masih lagi tidak diberi perhatian yang serius oleh British pada masa itu.
Mata wang yang digunakan oleh Bristish pada ketika itu adalah Dolar Selat (Straits Dollar). Syiling pada tahun 1920 menggunakan lambang kepala Raja George V. Pada tahun 1920 juga melihat kepada kemuncak ekonomi di Tanah Melayu dibawah pentadbiran british dengan nilai jumlah eksport mencecah sehingga $289,112,016 berbanding tahun 1915 cuma $162,429,254. Berapa banyak mereka kaut hasil bumi negara kita.