Penampar Jepun begitu sinonim dalam masyarakat kita bagi menggambarkan kisah kekejaman tentera Jepun ketika zaman perang dan pendudukan Jepun di tanah melayu pada tahun 1941-1945.
Walaupun cuma sekejap sahaja Jepun menjajah negara kita, tetapi kesannya cukup mendalam kepada mereka yang sempat merasa bertapa seksanya hidup di zaman Jepun.
Untuk ceritakan pasal Jepun ini, kita boleh bahagikan kepada dua fasa, iaitu pada fasa perang bermula daripada 8 Disember 1941 - 30 Januari 1942. Dan ketika era pemerintahan Jepun pula bermula secara rasmi bermula pada 15 Februari 1942 - 10 September 1945.
Dalam kesempatan ini aku cuma ingin ketengahkan sedikit kisah awal-awal serangan. Dimana dalam serangan ini juga dianggap antara pertempuran paling sengit antar tentera British dan tentera Jepun.
Pendaratan Tentera Jepun di Tanah Melayu.
Jepun bermula melancarkan serangan daripada dua bahagian dan terus mara menghala ke selatan Tanah Melayu. Ia bermula daripada Pattani dan Singgora, Thailand yang mara terus ke Jitra, Kedah. Satu lagi bahagian adalah daripada Kota Bharu. Manakala di Sarawak pula bermula di Miri dan di Sabah dari Labuan dan Sandakan.
Pada awal pendaratan Jepun di Kota Bharu, tentera Jepun telah mendarat di Pantai Padang Pak Amat pada 8 Disember, sejam lebih awal sebelum serangan ke atas Pearl Harbor. Walaupun begitu tentera Jepun mendapat tentangan sengit daripada tentera British ketika memulakan serangan.
Tentera British yang cuba bertahan pada ketika itu diketuai oleh Brigadier B.W. Key daripada Briged Infantri India Ke-8, serta sebahagian Divisyen Infantri Ke-9 India (British), ada yang gelarkan mereka ini sebagai askar Gurkha.
Manakala tentera Jepun pula diperkuat dengan 3 buah kapal pengangkut yang membawa seramai 5,200 orang tentera Jepun yang diketua Mejar Jeneral Hiroshi Takumi. Mereka juga diiringi oleh angkatan pengiring yang diketuai oleh Laksamana Muda Shintaro Hashimoto, mereka ini adalah pasukan penjajah Kota Bharu.
Ketika pesawat Jepun masih lagi dalam perjalanan untuk menyerang Pearl Harbor. Di Kota Bharu, serangan dimulakan sebaik sahaja kapal berlabuh kira-kira 3km daripada pantai. Tentera Jepun yang mula-mula membuat serangan diketua oleh Kolonel Masu daripada Rejimen Infantri ke-56. Tentera Jepun membuat empat baris dan cuba mara ke arah pantai.
Namum begitu tentera British juga sudah bersedia melayan Jepun dengan 4 laras meriam katak 3.7 inci. Batalion Dogras ke-3/17 pula mengawal sepajang 10 batu di Pantai Dasar Sabak. Periuk api dan kawat duri juga dipersiapkan untuk menyambut tentera Jepun serta beberapa kubu kecil juga turut dibina di sepanjang pantai.
Perang bermula, walaupun tentera British cuba melawan dan bertahan, sehingga tercetusnya peperangan yang sengit. Dan akhirnya mereka terpaksa akur akan kehebatan dan keberanian tentera Jepun. Kisah penuh pertempuran sengit ini boleh baca disini.
Namum begitu pada serangan pertama ini angka korban tentera Jepun adalah yang paling ramai kira-kira 500 orang tentera yang terkorban. Dan dianggap sebagai salah satu kawasan pertempuran yang paling sengit dan ganas di Tanah Melayu.
Tentera British terpaksa berundur sambil memusnahkan jambatan bagi melambatkan kemaraan Jepun, sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu sehingga ke Singapura.
Mana sejarah penampar Jepun? Jawapannya adalah kalau Jepun tak serang Tanah Melayu, maka takkan wujudlah istilah Penampar Jepun. Jadi asal usul penampar Jepun itu sendiri sudah pasti ada kaitan dengan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Cuba bayangkan waktu itu Korea yang datang jajah negara kita, sudah tentulah akan ada istilah 'Penampar Korea'. Jangan marah, salam Merdeka.