Rusuhan yang berlaku di stesen minyak Shell Lundang (28/7/2014) sepatutnya tidak berlaku ketika seluruh umat Islam sedang menyambut hari lebaran. Orang lain sedang bermaafan, ada segelintir manusia pula berbalah semasa sendiri.
Peristiwa ini amat memalukan kerana ia berpunca daripada sikap tidak matang dan tidak reti menghormati manusia lain. Jika buat salah, lebih baik mengaku kesilapan dan mohon maaf. Ini kita pula yang mengamuk apabila ada orang mebalas terhadap perbuatan kita.
Punca Rusuhan Di Shell Lundang
Mercun, memang sudah menjadi tradisi masyarakat kita saban tahun. Setiap kali menjelma hari raya, tak pernah sunyi daripada dentuman mercun.
Punca rusuhan ini juga adalah daripada mereka yan bermain mercun secara tidak bertamadun. Tanpa memikirkan orang lain, dalam kepala mereka hanya keseronokan untuk diri sendiri dan halwa telinga mereka sahaja.
1. Budak-budak bermain mercun, baling mercun kearah kereta yang sedang lalu lalang dan juga mercun dibaling kearah stesen minyak.
2. Tokey Shell sudah beberapa kali sudah 5 kali buat laporan polis berkenaan kes budak-budak main mercun dikawasan tersebut.
3. Pada malam itu kesabaran Tokey Shell sudah sampai had. Dia pergi serang budak-budak yang main mercun, budak-budak ini jadikan 7 Eleven sebagai 'port'. Jadi Tokey Shell telah menyembur pemedih mata lada hitam di dalam kedai 7 Eleven.
4. Selepas itu, geng budak-budak main mercun tadi hendak membalas balik tindakan Tokey Shell tadi, mereka kumpulkan geng pergi cuba embuat onar di stesen minyak tersebut.
Video Rusuhan Di Shell Lundang
Kesian melihat keadaan masyarakat kita yang bersikap sebegini. Sudahlah menyusahkan orang yang memandu kereta di kawasan tersebut. Kehidupan masyarakt dikawasan kejiranan juga turut terganggu, cuba fikirkan orang tua yang terkejut dan anak-anak kecil yang hendak tidur terjaga.
Fikir sebelum bertindak, tak salah jika kita nak berhibur, mencari keseronokan untuk diri sendiri tetapi janganlah sampai menyusahkan orang ramai.
Lagi bagus budak-budak ini aku bawa ikut atuk pergi kebun, main mercun halau tupai dekat dusun durian.