1. Disini lahirnya sebuah cinta, tema hari kemerdekaan negara kita yang kali 57 ini. Lagu tema kemerdekaan pun sedap didengar. Melayan perasaan gitu. Tema hari kebangsaan kali ini diambil dari lirik lagu Sudirman yang berjudul Warisan.
2. Bagi memenuhi segmen bro Hasrul Hassan, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger. Jadi aku perlu tulis dari sudut seorang blogger. Bagaimana aku menzahirkan rasa cinta ini pada tanah tumpah darahku. Setiap orang memainkan peranan di dalam negara ini, termasuk blogger. Kerja blogger adalah menulis, dan blog pula menjadi medium untuk dibaca oleh masyarakat.
3. Aku sedar dalam waras. Jasa aku kepada negara begitu kecil sekali, rasa begitu kerdil. Sebagai blogger aku cuba sampaikan serba sedikit melalui penulisan aku, cerita tentang kemerdekaan dan peristiwa berkaitan sejarah negara kita.
4. Tahun ini jika ada pembaca yang perasan ada beberapa entri yang aku tulis berkaitan peristiwa pasca-merdeka. Mengapa? sebabnya aku ingin tekankan bertapa kita perlu pertahankan dan sedaya upaya kekalkan kemerdekaan yang kita sedang nikmati sekarang, hasil usaha tok nenek kita.
5. Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Orang kita masih lagi terbelenggu, terutama dari segi ekonomi. Dengan usaha berterusan dan bertungkus lumus, orang kita cuba kembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak kita.
6. Walaupun kita sudah merdeka daripada British, sebagai generasi yang sudah merasa kesenangan, kita masih perlu bekerja keras untuk memastikan kemerdekaan ini kekal untuk diwarisi anak cucu kita nanti.
7. Sekadar perkongsian terimalah beberapa entri aku sebelum ini khas untuk bumi tercinta ini. Semoga cintai yang tersemai ini akan terus subur ditanah tumpah darahku.