-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57

1. Sesekali ingin juga aku menulis blog dalam format Tun M. Bukannya aku nak tiru gaya Tun M, iyalah takkan Tun M pula yang nak tiru aku.

2. Hari merdeka dah hampir tiba, lagu tema merdeka tahun ini sudah pun diterbitkan. Video clip lagu tema juga disiapkan juga. Lirik hasil karangan Ahmad Fedtri Yahya, lagu diolah oleh Sharon Paul dan dinyanyikan oleh Bob Yosuf. Tajuk lagunya Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

3. Di sini lahirnya sebuah cinta...Macam lagu Sudirman kan.

4. Pada aku video tahun ini lebih menarik dan berkualiti daripada video tahun lepas. Lagu pun sedap telinga mendengar, melayan jiwa.

5. Cuma sedikit sahaja yang aku perasan ada sedikit kekhilafan. Mungkin tidak besar mana silapnya, mungkin mata aku seorang sahaja yang terasa pedih.

6. I Love..bla..bla..bla.. I Am So Malaysian.
Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57
Aku pun main hentam buat terjemahan.
7. Aku boleh faham konsep yang cuba disampaikan dalam video itu. Untuk menunjukkan rakyat Malaysia rasa berbangga dengan apa sahaja yang ada di dalam negara kita.

8. Mungkin aku akan lebih rasa bangga jika Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam video pendek tersebut.

9. Kenapa aku cakap begitu, macam ini isu besar sangat. Sebabnya ia adalah video untuk tema lagu sambutan kemerdekaan negara kita. Sudah 57 tahun kita merdeka, takkanlah bahasa kita masih dijajah.

10. Salam Merdeka buat seluruh rakyat Malaysia.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail