-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Salam AidilFitri 2014

Alhamdulillah, ibadah puasa tahun ini hampir selesai. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Aku rasa tidak terlalu awal untuk aku ucapa selamat hari raya, sebab aku akan bercuti selama seminggu selepas ini.


Diharap ibadah puasa kita tahun ini sempuerna hendaknya dan ia lebih baik daripada puasa kita tahun lepas. Insyallah setiap tahun tahap keimanan kita sentiasa dipertingkatkan. Hidup jangan biar statik atau mundur, setiap tahun mesti ada peningkatan, selagi nyawa kita ALLAH S.W.T masih sudi untuk pinjamkan kepada kita.

Sambil kita riang hendak menyambut raya, jangan lupa untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar kita dipanjang umur agar dapat sekali lagi bertemu dengan bulan ramadhan ditahun hadapan. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan bagi mereka yang 'sedar'.

Memang seronok beraya, dapat makan macam-macam juadah, dapat bertemu sanak saudara, jika ada kesempatan puasa sunat, iaitu puasa 6 itu jangan pula kita lupa. Dah puasa 30 hari kan, takkan 6 hari kita dah tak larat..kan..kan..kan.

Bercerita bab hari raya, bagi aku yang dah tua bangka ini. Kemeriahan menyambut raya lebih kepada nostalgia, dah tak rasa seronok macam aku masa budak-budak dulu, masa kau belum jadi bapak budak lagi. 

Baju Raya Baru


Waktu itu, antara perkara yang buat aku rasa teruja nak beraya adalah dapat pakaian baru. Ketika itu keluarga aku agak susah, bukan selalu aku akan dapat beli baju baru. Setahun sekali sahaja dapat merasa beli baju baru. 

Jadi apabila menjelang raya, emak akulah yang selalu akan urusan persiapan baju raya adik beradik kami. Kami sekeluarga akan ke bandar untuk beli baju. 

Keghairahan diwaktu itu hendak beli baju raya aku rasa berlaian sedikit berbanding sekarang, sudah tak ada lagi emak aku untuk pilih baju, sekarang aku kena guna duit sendiri dan 'feeling' dah tak sama macam dulu, suasananya sudah jauh berubah. Ianya hanya akan menjadi kenanangan aku untuk selama-lamanya. Jika aku dapat putarkan masa, aku ingin kembali beraya macam aku masa budak-budak dulu, walaupun kami hidup tak senang seperti sekarang.

Kumpul Duit Raya

Apabila hari raya pula, sebaik sahaja selesai solat sunat hari raya, aku dan kawan-kawan akan pergi beraya ke seluruh pelusuk kampung. Niat utama tak ada lain, semata-mata nak kumpul duit raya. Setiap tahun kami dah tahu rumah mana yang akan beri duit raya lebih dan rumah mana yang tuan rumah agak kedekut...hahaha.

Lagi pun aku memang suka simpan duit, jadi memang hari raya matlamat utama aku adalah nak kumpul duit raya. Namum semakin umur kita meingkat, kita kena akur, dah semakin kurang duit yang berjaya kita kumpul. Masa aku darjah enam, aku dah bersara daripada mengumpul duit raya. Lagipun aku dah merasa duit biasiswa diwaktu itu..hehehe

Akhir kata daripada aku selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Makan ketupat dan rendang tu jangan sampai tercekik.


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail