-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Meriam Buluh

Syukur sudah masuk hari ke-10 kita berpuasa di Bulan Ramadhan. Bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap mereka yang rindukan rahmat-Nya. Bulan yang penuh barakah.

Namum agak berbeza sewaktu aku kecil, apa yang paling dinanti apabila tiba bulan puasa adalah dentuman meriam buluh yang paling aku tunggu. Sewaktu aku masih jadi budak nakal.

Meriam Buluh

Orang lain sibuk ke masjid nak solat terawih, aku pula dengan beberapa kawan pula sibuk duk berperang letupkan meriam buluh masing-masing. Kononnya tak meriah bulan puasa dan menyambut hari raya tanpa main meriam buluh.

Selepas sahaja berbuka dan solat maghrib, operasi kami akan dimulakan. Tanda isyarat kami senang sahaja, sebagai acara pemanas badan. Aku akan main mercun terlebih dahulu di depan rumah aku, itu adalah isyarat nak panggil kawan-kawan aku. Maka bermulalah acara bersahutan bunyian mercun disekitar kejiranan rumah aku.

Aku dan kawan-kawan main meriam buluh bukan depan rumah, tetapi dekat belakang rumah aku, kiranya agak jauh sedikit daripada kawasan rumah. Sebab dentuman meriam buluh memang kuat. kalau main depan rumah aku, jawabnya kepala aku kena letup dengan ayah aku.

Dalam beberapa tahun aku berkecimpung dengan dunia meriam buluh ini. Tak pernah lagi berlakunya perkara ayang tidak diingini. Paling teruk pun meriam buluh kami jahanam, sebab ada jiran sebelah rumah aku mengamuk. 

Sebab dentuman meriam buluh kami telah buatkan anak dia yang kecil terjaga dari tidur dan menangis. Sekali dia meluru kearah kami dengan parang, dihayunnya, pecahkan buluh-buluh yang kami buat jadi meriam berkecai. Aku dan kawan-kawan terpaksa lari dan bersembunyi dalam semak, hanya mampu melihat meriam buluh kami hancur dikerjakan pak cik.

Kini aku sudah ada anak kecil, dan mulai faham perasaan pakcik sebelah rumah aku dahulu, kalau ada budak-budak yang main mercun dekat taman aku, mulalah aku rasa panas. Rasa menyesal pun ada sebab dulu aku pun buat perkara yang sama.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail