Juara Piala Dunia 2014? aku pilih Germany. Jangan tanya kenapa. Sebab atuk jiran sebelah rumah aku sudah mendapat maklumat awal bahawa Germany akan menang keatas Argentina, dengan jaringan 5-0, nak bagi 7-0 kesian pulak negara jiran kepada Brazil ini.
Dalam pertembungan perlawanan final Piala Dunia 2014 ini, kita akan saksikan samaada Germany akan menbenarkan Argentina menjulang piala buat kali ke-3, atau Germany mahu naik satu tangga lagi bagi menjulang piala buat kali ke-4 sama seperti rekod Italy.
Siapa tak kenal dengan Germany, antara pasukan yang konsisten dalam saingan Piala Dunia sejak 2002 mereka mara hingga ke peringkat separuh akhir berturut-turut. Dendam Germany terhadap Brazil untuk final Piala Dunia 2002 juga sudah dilunaskan, malah lebih manis dengan menewaskan Brazil dihadapan penyokong sendiri 7 gol berbalas 1. Ya diulangi dengan jaringan 7 gol !!! Ibarat durian Musang King dimakan dengan pulut campur santan, mereka berpesta semasa besahur.
Sekadar mengingatkan juga, kini pemain Germany sudah meleburkan rekod yang dipegang Ronaldo (pemain Brazil) dan Pele sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia, Miroslav Klose kini sudah meledakan 16 gol sepanjang tempoh pembabitkan beliau dalam kejohanan bolasepak terkemuka dunia ini. Juga tidak keterlaluan jika aku cakap Klose mungkin akan menambah koleksi golnya pada perlawanan akhir nanti.
Sekali lagi aku senang untuk ingatkan dua pemain yang sedang berjuang untuk merebut Kasut Emas kini yang tinggal dalam radar adalah diantara Thomas MUELLER dan Lionel MESSI. Jika kedua-dua pemain ini gagal menambahkan koleksi gol, maka berkemungkinan besar Kasut Emas akan dibawa pulang oleh
James RODRIGUEZ pemain Columbia, dengan jumlah jaringan 6 gol.
Messi kini mengumpul 4 gol. |
Mueller kini mengumpul 5 gol. |
Setelah penat aku membebel dekat atas, jadi korang sokong pasukan mana dalam perlawanan final nanti. Jika ada yang sokong Germany kita geng, kepada yang sokong Argentina, jangan cakap depan aku kamu sokong Argentina sebab 'Messi kacak'. Takkan dalam blog ini pun aku nak kena sekolahkan budak-budak yang baru berlajar nak tengok bola. Nanti ada yang terburai usus perut dibulan Ramadhan ini.