Kesucian bulan Ramadhan dirobek peluru Zionis menbedil Gaza, sekali lagi. Sudah banyak kali pertumpahan darah yang tercetus di bulan Ramadhan di sana, sedang umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, Zionis pula dengan angkuh melancarkan serangan.
Apakah cara Zionis berperang, apabila si bacul berperang. Guna senjata serang dari jauh. Buat serangan di kawasan orang awam. Dimanakah hukum peperangan si Zionis ini belajar. Yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak dan orang yang tidak berdosa. Bukankah hukum berperang adalah sesama tentera, orang awam sepatutnya dilindungi.
Jika betul Zionis berani kenapa mereka tidak hantar bala tentera masuk dan berperang dengan Brigade Izzuddin al Qassam. Berdepan cara lelaki bertarung, lawanlah sepuas hati mereka. Jangan bersembunyi disebalik teknologi dan taktikal perang yang bacul itu, pondan!!! Jangan jadikan orang awam sebagai sasaran.
Nilai nyawa penduduk Gaza seperti tiada nilai dimata Zionis, dimata PBB. Dimanakah pertubuhan yang mengawal dan menjaga isu perang. Apabila Gaza di serang mereka diamkan diri. Harapkan suara OIC, sekadar suara sahaja, cuma suara, tiada tumbukan padu ke tulung rusuk kiri Zionis.
Bilakah masanya akan tiba, disaat itu umat Islam gagah bangun pagi solat subuh berjemaah. Bangkit menundukkan Zionis drujana ini, tersedar daripada lamunan mimpi yang panjang. Kuantiti kita umpama buih dilautan, namum rapuhkan umpama istana pasir di hempas ombak, hancur berkecai.
Seomga kekejaman Zionis akan terhenti dan menangkan para pejuang syahid di Gaza. Dan semoga tidak panjang penderitaan Gaza dibawah cengkaman Zionis.