-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cara Orang Dulu-Dulu Hidupkan Api

Sedang aku hidupkan api untuk isteri aku bakar ikan dibuat percik. Lama aku terbongkok-bongkok cuba nyalakan api di kayu arang. Terfikir pula aku bagaimana cara orang dulu-dulu hidupkan api. Bagaimana ya?

Iyalah, kita sekarang senang, ada mancis, pemetik api, guna dapur gas dah kira senang, ada yang lebih canggih cuma tekan suis sahaja sudah boleh masak. Mungkin kita dari kalangan generasi XYZ ini sudah tidak tahu bagaimana caranya orang lama hidupkan api. Kalau yang pernah lihat itu, kira bersyukurlah, sebab ada dari generasi kini pohon durian pun mereka tidak kenal. Reti makan je.

Cara Orang Dulu-Dulu Hidupkan Api
Gambar dicedok daripada Sini.
Aku tidak pasti tempat lain panggil apa, kalau tempat aku ia dipanggil 'Gobek Api', fungsi dia lebih kurang sama dengan mancis, iaitu untuk hidupkan api, cuma ini adalah cara tradisional. Ia wujud di era televisyen, TV3 dan facebook belum lahir lagi kedunia ini.

Namum 'Gobek Api' hanyalah untuk hasilkan api, untuk pastikan api itu terus bernyala, api kecil yang terhasil tadi perlu pula diletak diatas sabut atau bahan mudah terbakar. Jika diwaktu malam pula, api akan menggunakan Jamung, sebelum teknologi pelita ditemui, untuk menerangi kegelapan malam. Bukan seperti kita sekarang ada mentol, bemacam jenis mentol, semua pakai eletrik.

Jamung ini adalah seperti obor (bahasa sekarang), ianya sebatang kayu atau buluh yang diikat pada hujungnya sabut kelapa atau bahan yang mudah terbakar serta boleh tahan nyalaan api lebih lama. Namum sebatang jamng biasanya boleh bertahan selama 1 jam sahaja. Sebelum api di jamung pertama padam, api perlu dihinggapkan ke jamung kedua, ia akan bersambung-sambung sampailah dah rasa mengantuk nak tidur.

Sebelum adanya minyak tanah sebagai bahan bakar, damar digunakan sebagai bahan bakar yang diletakkan pada jamung tadi. Fungsi damar adalah sama seperti minyak tanah, sebagai bahan bakar. Damar ini berasal daripada pokok damar minyak.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail