Sepanjang kita menyambut bulan Puasa di Bulan Ramadhan ini ramai diantar kita takkan terlepas daripada terjebak dengan bazar Ramadhan. Tempat jualan pelbagai juadah untuk berbuka.
Tak dinafikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga, selera terbeliak melihat bermacam-macam juadah yang dijual di bazar Ramadhan. Walaupun kepenatan, tapi kita sanggup berjalan, bersesak hingga ke hujung bazar. Bukanya dibeli semua juadah, tetapi sekadar mencuci mata, sambil memilih juadah untuk dibeli.
![]() |
Sekadar Gambar Hiasan - Kredit |
Menbazir Di Bazar
Jika kita alpha dan mengikut hawa nafsu makan memang semua jenis hidangan ingin kita beli. Bawa balik juadah sampai berat tangan membimbit plastik berisi makanan. Sampai masa untuk berbuka, sekadar menjamah dua tiga mulut. Perut sudah penuh, macam ular sawa, bersandar dekat kerusi empuk.
Memang semua orang lapar, tetapi setakat mana sahaja perut kita mampu untuk menelan bermacam-macam makanan dengan sekali hadap. Kita sudah lari dari niat sebenar ibadah puasa. Walhal sepatutnya dengan berpuasa kita akan ingat kesusahan mereka yang hidup susah, berlapar atau kebuluran sukar untuk mendapatkan makanan.
Hidangan Ala Kadar Di Bazar
Bazar juga sebenarnya membuka pintu rezeki buat peniaga, boleh dikatakan jualan di bazar ini laris setipa hari. Namum harus diingat kita menjual makanan untuk orang buat berbuka puasa. Ada juga peniaga yang hanya memikirkan keuntungan semata, tanpa memikirkan kualiti dan kesedapan juadah yang dijual.
Beberapa hari lepas keluar isu pasal cerita yang tak sedap didengar pasal makanan yang dijuala dibazar. Bukan aku nak sokong Azwan Ali, walaupun bukan 100% tetapi tak semua juadah yang dijual di bazar rasanya enak.
Sedangkan orang membayar setiap juadah untuk dinikmati, jika kita sekadar menjual untuk mencari keuntungan. Cuba renungankan semula rezeki yang kita dapat. Disini hak pengguna perlu, jika ada peniaga yang menjual makanan tak bersih atau sekadar melepaskan batok ditangga, maka pakat-pakat kita boikot.