Lama betul aku tak menulis, sibuk dengan hal urusan duniawi. Terkadang hadir juga rasa rindu untuk menulis di blog ini, walaupun aku sendiri tak tahu apa yang hendak aku tulis. Kering idea dan tak sempat nak berfikir kerana ada hal yang lebih penting untuk aku fikirkan.
Bagaimana kita letak urutan urusan penting dalam hidup kita. Orang kata utamakan urusan yang lebih penting daripada yang penting. Pentingnya sesuatu urusan bergantung kepada keadaan dan suasana. Adakalanya ianya kelihatan kecil namum ianya lebih penting daripada segalanya.
Hidup kita akan lebih teratur apabila kita bisa memahami dan menyusun segala urusan kita. Buat dengan teratur, bak kata perpatah tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Aku pun kadang-kadang boleh terlepas pandang perkara yang penting, namum aku hanya memandang enteng perkara tersebut. Silap diri sendiri, kadang kita tak nampak, selalunya orang yang paling rapat dengan kita akan nampak. Teman yang mampu menegur kesilapan kita adalah teman yang bagus. Kita pula perlu lebih terbuka untuk mendegar kritikan atau teguran.
Gerak kerja yang sistematik akan melancarkan lagi urusan kita. Aturkan dengan baik agar kita siapkan urusan penting terlebih dahulu agar kita kita tidak menjadi kalut dan terdesak. Ada masanya aku pun jadi tertekan sebab fikirkan kerja yang bertimbung nak disiapkan. Jika silap langkah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Ruang masa juga suntut, kita tidak punya kuasa untuk panjang waktu sehari jadi 25 jam. Siapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan adakalanya mencabar. Kerja yang ada pun masih belum siap, kerja lain sudah datang bertamu, bersusun atas meja.
Kalau aku ada empat tangan, mungkin kerja aku akan berganda kuasa dua. Belum bos minta, kita sudah hantar ke meja dia, barulah muka bos ada senyum.