-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Sekeping Sijil, Kudrat Tulang Empat Kerat

Aku dilemparkan satu soalan agak pelik bunyinya. Soalannya berbunyi begini" Kau hidup atas dunia, cari rezeki, kau bergantung pada sijil atau bergantung kepada Tuhan?"

Aku sedar soalan ini dilontarkan oleh seseorng yang bukan calang-calang. Silap jawab aku kena hentam balik dengan soalan yang lebih perit. Sekali dengar aku macam tidak faham soalan ini.

Sekeping Sijil, Kudrat Tulang Empat Kerat

Selepas sel-sel otak berhubung, aku susun ayat jawab soalan secara intelektual dan rasional. Dia sedang berbicara pasal rezeki unutk jawab soalan kawan aku tadi kita kena berbalik kepada perkara asas, darimana datangnya rezeki? Siapa yang turunkan rezeki kepada kita? Tuhan telah berjanji Dia akan berikan nikmat rezeki kepada mereka yang berusaha.

Jadi asasnya siapa yang berusaha dia akan diberikan rezeki. Rezeki juga telah Tuhan tetapkan bahagian masing-masing, jadi kita seharusnya bersyukur dengan apa sahaja yang kita dapat. Mengeluh bukan jalannya, namum terus berusaha dan bergantung harap pada Tuhan.

Mengapa kawan aku tadi cakap 'bergantung pada sijil', sebab keadaan masyarakat kita hari ini ada sedikit terpesong, jika ada anak yang tidak pandai belajar sampai masuk universiti. Mereka takut dan risau takut anak mereka susah nak cari pekerjaan. Nanti jadi miskin. Nah itu dia apabila kita bergantung pada sijil bukan kepada Tuhan.

Jawapan aku, berusaha mengenggam sekeping sijil itu tidak salah, sebabnya kita berusaha untuk meperbaiki diri kita, dengan sekeping sijil tadi kita telah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan dan rezeki yang lebih baik. Ini semua bergantung atas niat kita. Silapnya kita apabila menganggap jika tiada sijil maka gelap masa depan, susah nak dapat pekerjaan atau rezeki. Padahal rezeki itu bergantung pada usaha kita dan Tuhan telah tetapkan bahagian kita.

Namum aku 'tabik' kepada mereka yang berjaya mencari rezeki seperti burung yang terbang dipagi hari dengan perut kosong untuk mencari rezeki, mereka berusaha dan percaya akan adanya rezeki yang akan Tuhan tentukan buat mereka.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail