Aku rasa secara purata ramai rakyat Malaysia membesar dengan minum Milo. Tahukah anda tak semua orang tahu akan sejarah minuman Milo tetapi mereka suka meratah Milo.
Milo adalah salah satu produk Nestlé. Milo telah dicipta oleh Thomas Mayne di Sydney, Australia pada 1934. Kini minuman Milo dijual dibanyak buah negara di dunia. Pada tahun 1950 barulah Milo mula dipasarkan di Malaysia.
Nama Milo itu adalah bersemperna nama Milo dari Corton, seorang ahli olahraga Yunani, yang terkenal dengan legenda kekuatan dia.
Milo sering diiklankan sebagai minuman yang akan membuatkan kita jadi sihat dan kuat. Dan selalunya dikaitkan dengan aktivit sukan. Namum tahukah anda 'budak milo' tukang kutip bola itu bukan pekerja syarikat Milo.
Milo sudah memonopoli minuam bercokelat diMalaysia cukup lama, walaupun ada saingan lain yang cuba masuk namum Milo tetap masih bertahan. Satu lagi fakta, tahukah anda tin milo juga bukanlah komponen utama dalam pembuatan kereta nasional.
Bagi zaman kanak-kanak pula 'van Milo' sudah pasti memberikan memori klasik, macam mana kita semua beratur semata-mata nak minum secawan Milo, lepas itu tak cukup, pergi beratur sekali lagi sampai kantoi. Kini aku pun masih lagi peminat tegar Milo, meratah Milo kadang kala masih menjadi tabiat aku.