Orang alim atau selalu juga kita sebut 'warak', menjadi kebiasaan kita untuk hormat golongan ini kerana ketinggian ilmu mereka serta perwatakkan alim dan dekatnya mereka kepada agama.
Namum dunia ini sememangnya mencabar, 'orang alim' tidak semesti kita boleh terus percaya melainkan orang tu sudah kita kenal lama, sudah tahu asal usulnya. Jika baru sehari dua kita kenal, pakai jubah, berjanggut, pakai celak dan nampak alim, awas jangan kita terus percaya.
Bukan niat kita untuk berprasangka buruk. Namum kita perlu juga berhati-hati selalu agar tidak ditipu. Orang jahat ada seribu macam cara untuk menipu, sekali kita terleka kita akan terjerumus kedalam perangkap mereka.
Menurut laporan JAKIM, kos kerugian melebihi 10 juta ringgit dicatat akibat ditipu oleh orang yang kononnya 'alim'. Sejak 2010 berjumlah 1,826 kes melibatkan penipuan pakej umrah. Ada agensi yang memerangkap mangsa dengan menjual agama.
Soal duit jangan buat main, makan duit haram, hasil tipu duit orang nak pergi umrah, berkat ke duit yang dia dapat? Orang kita juga perlu lebih berhati-hati, asal jumpa sahaja orang yang alim, kita terus sanjung dan angkat. Padahal baru kenal sehari dua. Sebab itulah wujudnya golongan alim-alim kucing ini, yang suka mengambil kesempatan.