-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Aku pun tertunggu-tunggu juga apakah harta karun berjaya dibawa keluar dari Pulau Nangka, namum selepas tarikh yang dijanjikan tiada juga dapat kita melihat harta karun seperti yang dikhabarkan.

Bagi mengubat luka hati ini, aku pun cuba mencari info tentang harta karun yang pernah ditemui diseluruh dunia. Siapa yang tidak tertarik dengan harta karun, harta yang tertanam atau tersembunyi sejak berjurun lama, mungkin ada emas, berlian atau apa sahaja benda yang bernilai.

1. Harta Karun Panagyuriste

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta karun Panagyuriste ini dijumpai pada 8 Disember 1949 di Panagyuriste, Bulgaria. Harta ini adalah peninggalan bangsa Tharcian. Khazanah yang dijumpai adalah botol kecil, tembikar dan tujuh rhytons yang diperbuat daripada emas tulen seberat 6,6164 kg.

2. Harta Karun Preslav

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta karun Preslav pula dijumpai pada 1978 di Castana, Bulgaria. Dalam kerja carigali khazanah ini telah menemui 170 objek emas, perak dan gangsa seperti 15 syiling perak Byzantine yang dimiliki Constanine VII, Roman II.

3. Harta Karun Tillia Tepe

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta karun Tillia Tepe ditemui pada 1979 diutara Afghanistan. Khazanah yang berjaya ditemui adalah kira-kira 20,000 perhiasan emas. Kesemua harta ini diperbuat daripada campuran emas, pirus dan lapis-lazuli terdiri daripada syiling, rantai bertatahkan permata, tali pinggan, medallions dan mahkota.

4. Harta Karun Sroda

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta Karun ini ditemui pada 1985 di Sroda Slaska, Poland. Ia dianggap sebagai penemuan khazanah yang paling berharga pada abad ke-20. Khazanah yang ditemui adalah mahkota emas, loket emas, strap emas bertatahkan batu permata, cincin, 39 keping syiling emas dan 2924 keping syiling perak.

5. Harta Karun Nagyszentmiklos

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta karun Nagyszentmiklos telah dijumpai pada 1799 di Sânnicolau Mare, Romania. Khazanah yang berjaya ditemui adalah 23 bekas air diperbuat daripada emas.

6. Harta Karun Gourdon

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta karun ini ditemui pada 1845 di Gourdon, Saone-et-loire. Harta tersebut adalah sebuah piala, sebuah lingkaran besi empat segi tepat, 100 keping syiling emas. Khazanah in dikatakan sudah wujud seawal abad ke-5.

7. Harta karun  Tutankhamen

Ini Bukan Kisah Harta Karun Di Pulau Nangka

Harta kaurn yang sangat popular ini dijumpai pada tahun 1922 oleh Howard Carter. Khazanah raja-raja yang terdapat dalam keranda emas dengan hasil kerja halus sert bermutu tinggi. Keranda in diperbuat daripada emas tulen dengan 74" panjang, 20" lebar dan 20" tinggi., selain itu terdapat juga takhta raja dijumpai.

Sambil-sambil kita menunggu harta karun di Pulau Nangka di jumpai, kita ambil semangat daripda kisah harta karun yang sudah ditemui. Apakah harapan anda terhadap harta karun di Pulau Nangka?

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail